Malaysia Oversight

Projek King Salman Gate Mengelilingi Masjidil Haram Menambah Ruang Solat Untuk 900,000 Jemaah

By Amanz in October 21, 2025 – Reading time 2 minute
Projek King Salman Gate Mengelilingi Masjidil Haram Menambah Ruang Solat Untuk 900,000 Jemaah


Projek King Salman Gate Mengelilingi Masjidil Haram Menambah Ruang Solat Untuk 900,000 Jemaah

October 21, 2025
Senibina

Effi Saharudin

Masjidil Haram ialah masjid terbesar di dunia dengan sasaran ia mempunyai kapasiti menempatkan 2.5 juta jemaah menjelang 2030. Bagi memenuhi sasaran ini, Projek King Salman Gate diumumkan oleh Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz dengan ia bakal mempunyai ruang solat sehingga 900,000 jemaah.

King Salman Gate ialah projek pelbagai guna yang menempatkan tempat kediaman, hotel, pusat membeli belah, restoran dan pelbagai prasarana komersial. Ia terdiri daripada beberapa menara yang dibina bertentangan menaja jam tertinggi dunia, Makkah Tower. Ia mempunyai ruang lantai sebesar 12 juta meter persegi atau bersamaan 1680 padang bola sepak.

King Salman Gate B

Kos pembinaan, ketinggian menara dan bilakah King Salman Gate akan siap dibina belum lagi diumumkan oleh PIF. Tetapi projek ini adalah antara yang diumumkan di bawah program Saudi Vision 2030 bernilai $196 juta (~RM 828 juta). Ia akan dibangunkan oleh RUA AlHaram AlMakki sebuah anak syarikat Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF).

King Salman Gate A

Dengan pembinaan projek mega ini, Arab Saudi berkata kelak mereka boleh menampung sehingga 30 juta jemaah haji dan umrah setahun di Kota Mekah. Tiga tahun lalu projek Projek Rua Al Madinah diumumkan dengan ia akan membangunkan kawasan yang terletak di timur Masjid Nabawi. Di bawah projek ini, Madinah juga akan mempunyai kapasiti mencukupi untuk menyambut 30 juta jemaah umrah setiap tahun.

Projek Rua Al Madinah akan mempunyai keluasan 1.5 juta meter persegi dengan ruang lantai bangunan yang dibina pula mencecah 4.9 juta kaki persegi. Sebanyak 47,000 bilik hotel baharu akan dibina dengan kapasiti 149,000 jemaah sehari. 

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link