Malaysia Oversight

Apple Mungkin Perkenal iPad Dan MacBook Pro Baharu Seawal Minggu Ini

By Amanz in October 12, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Mungkin Perkenal iPad Dan MacBook Pro Baharu Seawal Minggu Ini



MacBoo

Mungkin Perkenal iPad Dan MacBook Pro Baharu Seawal Minggu Ini

October 12, 2025

Aman

telah pun melancarkan baharu pada bulan lepas, dan untuk bulan Oktober ini, Apple dijangka memperkenalkan kemaskini kepada kategori produk seterusnya, iaitu tablet dan MacBook.

Mengikut laporan Bloomberg, Apple mungkin perkenal MacBook Pro baharu seawal minggu ini, bersama-sama kemaskini untuk iPad Pro, dan mungkin juga untuk Apple Vision Pro. Apple dijangka melengkapkan peranti ini dengan cip M5 asas.

Cip ini dijangka menawarkan prestasi lebih baik berbanding model sebelumnya, membolehkan pengguna melakukan tugasan dengan lebih efisien pada iPad Pro atau MacBook Pro. Untuk makluman, hanya model asas MacBook Pro dijangka menerima kemaskini, sementara model lebih berkuasa dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan dengan cip Appel M5 Pro dan M5 Max.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan produk baharu Apple ini dalam masa terdekat. Mungkin kita akan melihat ia diumumkan melalui kemaskini laman web sahaja, tanpa sebarang acara khas untuknya.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link