Malaysia Oversight

Ulasan Nothing Ear (3)- TWS Mercu Yang Lebih Menyeronokkan

By Amanz in October 10, 2025 – Reading time 6 minute
Ulasan Nothing Ear (3)- TWS Mercu Yang Lebih Menyeronokkan


Ulasan Nothing Ear (3)- TWS Mercu Yang Lebih Menyeronokkan

October 10, 2025
Nothing

Nur Amzari

Tahun ini sahaja beberapa produk audio dari Nothing dan CMF telah pun dilancarkan. Pada bulan Julai yang lalu juga Nothing melancarkan Nothing Headphone (1) iaitu fon kepala pertama dari syarikat itu. Kini Nothing kembali dengan TWS mercu mereka iaitu Nothing Ear (3) dengan beberapa ciri baharu. Rata-rata pengguna TWS mercu dari Nothing berpuas hati dengan produk tersebut dan adakah Ear (3) mampu melakukan perkara yang sama. 

Nothing Ear (3)
Jenis Fon dalam telinga
Pemacu Audio 12mm Dinamik + Binaan Aeroangkasa
Mikrofon 3x mikrofon
Sensor Auto jeda
Bateri 55mAh fon telinga 500mAh kerangka 10 jam berterusan 38 jam dengan pengecas
Tambatan Bluetooth 5.4 Google Fast Pair
Codec AAC,SBC, LDAC
Pengecasan USB-C 10 Minit untuk 10 Jam Penggunaan
Sokongan aplikasi Nothing X
Kawalan Sesentuh
Kemampuan kalis air IP54 – Fon telinga
Harga Jualan RM759

Rekaan

Saya mulakan dengan nama produk ini terlebih dahulu. Jika anda tidak mengikuti perkembangan dari syarikat ini mungkin anda akan menganggap ini adalah TWS mercu generasi ketiga mereka serasi dengan nama yang diberi. Namun sebenarnya ini adalah generasi keempat TWS mercu mereka kerana Nothing Ear pada tahun lepas merupakan generasi ketiga. Walau bagaimanapun, saya bersyukur mereka kembali menggunakan nama dengan nombor semula pada TWS mercu ini. 

DSC07374

Rekaan pada Ear (3) ini memang kelihatan serupa sahaja dengan model-model TWS mercu Nothing sebelum ini. Kalau letakkan semua fon telinga Nothing bersebelah antara satu sama lain, saya mungkin tidak perasan manakah yang paling terbaru. Perkara yang berbeza pada Ear (3) ini adalah bekas pengecasannya menggunakan bahan binaan aluminium dengan warna kelabu yang membuat ia terasa premium  tapi jika anda memilih warna hitam mungkin susah untuk nampak perbezaannya. Pada fon telinga juga menggunakan bahan aluminium namun bukan pada keseluruhan tubuhnya.

DSC07378

Perkara yang jelas dapat dilihat pada Ear (3) ini adalah butang Talk dan juga mikrofon yang terletak pada bekas pengecasannya. Inilah fungsi terbaru yang Nothing tawarkan iaitu Super . Selain dari itu, semuanya masih lagi kelihatan sama seperti model sebelum ini. Bagi saya, rekaan yang sama ini bukanlah satu perkara yang terlalu teruk kerana ia mengekalkan konsep rekaan Nothing iaitu rekaan yang lutsinar yang menjadi identiti syarikat ini. 

DSC07377

Kedua fon telinga masih mempunyai dot merah dan putih untuk membezakan kiri atau kanan. Fon telinga ini juga menggunakan kawalan dengan memicit pada batang fon telinga dan saya suka apabila memicit fon telinga ini ia menghasilkan satu bunyi klik menandakan kawalan telah berjaya. Dari segi ketahanan, Ear (3) mempunyai sokongan kalis air dan debu IP54 yang mungkin agak rendah berbanding pesaingnya. 

Kualiti Audio

Ear (3) dibina dengan bahan aeroangkasa (PMI & TPU) dan pemacu dinamik 12mm yang dinaik taraf untuk mencipta pendengaran yang tepat dan meluas. Dari segi talaan bunyi, Nothing tidak menggunakan syarikat audio lain seperti Headphone (1) dan hanya menggunakan talaan ciptaan mereka tersendiri. Ia turut dilengkapi dengan sokongan LDAC dan Hi-Res Audio sebagai produk audio mercu. 

DSC07373

Kualiti audio yang dihasilkan oleh Ear (3) ini sangat baik walaupun tidak mengubah tetapan bunyi menggunakan EQ. Bass yang dihasilkan kedengaran sangat baik dan tidak melampau, ia seakan bunyi bass ini boleh dirasai dan didengari pada masa yang sama. Dalam lagu genre post hardcore, setiap bunyi drum dan gitar bass terasa sangat padat dan bertenaga. 

DSC07367

Disebabkan penghasilan bass yang baik, pada frekuensi pertengahan pula ia tidak terasa tenggelam atau mendap. Treble yang dihasilkan juga agak baik hasil dari penggunaan bahan binaan yang terbaru. Bunyi seperti gitar kedengaran terang dan jelas dari setiap petikan yang dihasilkan. Vokal penyanyi juga seimbang dan tidak terlalu tenggelam sama ada penyanyi lelaki atau perempuan.

DSC07357

Jika anda inginkan bunyi yang lebih menepati citarasa sendiri, saya sangat sarankan untuk menggunakan Equaliser dalam aplikasi Nothing X. Ini disebabkan kerana bunyi yang dihasilkan pada Ear (3) ini sangat seimbang yang mungkin tidak sesuai dengan citarasa masing-masing. 

DSC07364

Dari segi kualiti pembatalan hingar juga agak cemerlang pada Ear (3) ini. Ia tidaklah terbaik seperti Headphone (1) namun sebagai pengguna tegar LRT Kelana Jaya yang sangat bising ia masih lagi dapat hilangkan bunyi luar dengan baik. Apabila memainkan lagu bunyi dari luar kurang kedengaran memastikan anda dalam dunia sendiri. Mod tembus juga agak baik dengan bunyi sekeliling kedengaran sangat jelas namun ia mempunyai isu sama seperti Headphone (1) dimana suara saya sendiri seperti mendap tapi suara orang sekitar masih lagi baik. 

Aplikasi

Gabungan Ear (3) dan juga aplikasi Nothing X ini menghasilkan pengalaman penggunaan yang sangat baik. Antarmuka aplikasi yang tidak memeningkan dan juga mudah digunakan. Terdapat beberapa ciri yang berguna untuk menghasilkan kualiti audio yang terbaik pada Ear (3) seperti Advanced Equalizer. Inilah ciri yang boleh digunakan untuk menukar hasil bunyi pada Ear (3). Jika anda tidak faham untuk menggunakan EQ ini, anda boleh menggunakan EQ yang telah dibuat oleh pengguna lain yang spesifik untuk Ear (3) ini. 

Nothing X Collage 1

Ciri baharu yang lain adalah personal sound. Seperti namanya, ciri ini agak menghasilkan bunyi mengikut hasil dari ujian pendengaran yang dibuat. Hasil itulah merupakan bunyi yang selesa di telinga anda. Selepas mencubanya, bunyi yang dihasilkan kedengaran sama seperti bunyi stok pada Ear (3) untuk telinga saya sendiri. 

Super

Ciri terbaru yang dimuatkan pada Ear (3) digelarkan Super . Ciri ini diwujudkan untuk mengatasi masalah kualiti bunyi mikrofon yang dihasilkan dari fon telinga. Nothing memasukkan mikrofon ke bekas pengecasan Ear (3) untuk bunyi yang lebih baik kerana ia akan fokus kepada suara pengguna dan tidak menangkap bunyi persekitaran seperti mikrofon pada fon telinga. Ia boleh digunakan ketika membuat panggilan atau boleh membuat nota suara yang akan terus dihantar ke Essential Space jika anda menggunakan peranti Nothing.

DSC07358

Dalam cubaan saya, Super Mic ini berfungsi dengan baik dan menghasilkan kualiti bunyi yang jauh lebih baik dari mikrofon fon telinga. Namun jangan salah anggap kerana bunyi yang dihasilkan tidaklah seperti kebanyakan mikrofon nirwayar yang ada di pasaran sekarang tapi sudah cukup memadai untuk tugasan asas seperti menjawab panggilan atau merekod nota suara. Fungsi ini juga membuatkan penggunaan Ear (3) ini terasa lebih menyeronokkan.

Ujian suara menggunakan Super Mic

Bateri

Kapasiti bateri pada fon telinga meningkat kepada 55mAh berbanding 46mAh pada Ear. Peningkatan bateri ini juga memberikan penggunaan lebih lama pada Ear (3) yang mampu bertahan sehingga 3.5 jam dengan sokongan LDAC serta fungsi ANC. Jika menggunakan sekali dengan bekas pengecasannya ia mampu mencapai sehingga 22 jam penggunaan. Saya hanya menggunakan fungsi ANC ketika di dalam LRT selebihnya dalam mod biasa sahaja dan saya baru mengecas Ear (3) ini sekali sahaja selepas 5 hari dibuka dari kotak. 

DSC07369

Sebagai produk audio mercu, Ear (3) mempunyai sokongan pengecasan nirwayar dan mempunyai pengecasan pantas dimana 10 minit pengecasan boleh bertahan sehingga 10 jam penggunaan dengan bekas pengecasannya. Sepanjang tempoh penggunaan juga tiada sebarang isu dari segi pengecasan Ear (3) ini. 

Dalam Kotak

Berikut ialah apa yang disertakan dalam kotak;

  • 1x Ear (3)
  • 1x Putik telinga tambahan pelbagai saiz
  • 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C berwarna putih
  • 1x Manual pengguna

Kesimpulan

Sebagai penutup, Nothing Ear (3) ini memberikan pengalaman yang sangat baik sepanjang tempoh ulasan. Walaupun mempunyai rekaan yang sama seperti model dahulu, ia tetap bukan isu yang besar kerana masih mempamerkan identiti Nothing namun perkara ini juga adalah subjektif mengikut selera masing-masing.

DSC07352

Kesemua penambahbaikan dan ciri baru iaitu Super Mic ini telah membuatkan harga jualan pada Nothing Ear (3) ini meningkat sedikit pada harga RM759 berbanding RM659. Jika anda mencari TWS mercu dengan kualiti audio yang baik, rekaan yang menarik dan mempunyai ciri yang tidak ada pada TWS yang lain, Nothing Ear (3) ini sangat baik untuk dipertimbangkan.

Pro

  • Sistem ANC yang baik
  • Kualiti audio yang merdu dan seimbang.
  • Nothing X mudah untuk digunakan
  • Ciri Super Mic yang menarik
  • Bateri yang tahan agak lama.
  • Menggunakan bahan binaan aluminium

Kontra

  • Harga jualan meningkat
  • Rekaan keseluruhan masih lagi nampak sama
  • Pilihan warna hitam kelihatan tiada perubahan dari segi rekaan
  • Fungsi Super Mic cukup untuk kegunaan asas sahaja
Skor Nothing Ear 3

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link