CIMB Akan Menamatkan BizChannel Menjelang 2027 – Akan Fokuskan CIMB OCTO Biz
Aman
Selari dengan pengenalan aplikasi perbankan perniagaan generasi baharu, CIMB OCTO Biz, kini pihak CIMB turut berkongsi mengatakan mereka menyasarkan penamatan aplikasi BizChannel menjelang 2027 kelak. Namun, seperti biasa, perkara ini akan tertakluk kepada beberapa perkara menjelang tarikh berkenaan.
CIMB OCTO Biz merupakan aplikasi perbankan lebih moden dengan pelbagai ciri-ciri baharu. Pengenalan aplikasi ini juga adalah selari dengan penjenamaan OCTO yang digunakan untuk aplikasi bagi akaun persendirian.

CIMB OCTO Biz turut hadir dengan sokongan paparan papan pemula aliran tunai dalam bentuk masa-nyata, sokongan pembayaran pukal untuk tujuan perniagaan dan pengurusan, akses kepada 18 bulan penyata bank, serta sokongan sekuriti yang lebih baik.
Pengguna akaun perniagaan CIMB sudah boleh memuat-turun aplikasi CIMB OCTO Biz yang ditawarkan untuk iPhone dan Android.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






