Malaysia Oversight

Hadiah Nobel Fizik 2025 Dianugerahkan Kepada Tiga Penyelidik Mekanik Kuantum

By Amanz in October 8, 2025 – Reading time 2 minute
Hadiah Nobel Fizik 2025 Dianugerahkan Kepada Tiga Penyelidik Mekanik Kuantum


Hadiah Nobel Fizik 2025 Dianugerahkan Kepada Tiga Penyelidik Mekanik Kuantum

October 8, 2025
Sains

Effi Saharudin

Terma mekanik kuantum dicipta pada tahun 1925 oleh Max Born, Werner Heisenberg, dan Wolfgang Pauli. Selepas 100 tahun, tiga ahli fizik John Clarke, Michel Devoret dan John Martinis dianugerahkan Hadiah Nobel Fizik 2025 atas kajian mereka menunjukkan bagaimana mekanik kuantum beraksi di dunia sebenar.

Hadiah Nobel Fizik 2025. n

Eksperimen yang dilakukan ketiga-tiga ahli fizik ini pada tahun 1985 menunjukkan fenomena terowong kuantum dan pengkuantuman tenaga dalam litar elektrik skala besar. Fenomena fizik kuantum sebelum ini hanya dilihat pada skala sub atom.

Litar elektronik menggunakan bahan superkonduktor telah dihasilkan dengan simpang Josephson yang membuatkan ia tidak bersambung secara fizikal untuk melengkapkan litar. Dalam keadaan superkonduktor, arus mengalir tanpa voltan kerana tiada rintangan. Tetapi menerusi fenomena terowong kuantum partikel boleh merentasi halangan fizikal dan voltan dikesan sekaligus menujukan bagaimana mekanik kuantum berfungsi pada skala lebih besar dan bukan sekadar zarah sub atomik kecil.

G2qd8AaWEAAv7hF

Penemuan ini menjadi kepada pembangunan teknologi kuantum semasa seperti komputer kuantum dan juga kriptografi kuantum yang digunakan sistem seperti MyDigitalID di Malaysia.

Malahan Martinis dan Devoret terlibat dengan pembangunan komputer kuantum di Google yang mencapai keunggulan kuantum beberapa tahun lalu. Martinis tidak lagi bersama Google Quantum Artificial Intelligence Lab tetapi Devoret masih memegang jawatan sebagai ketua saintis di Google Quantum AI.

Kejayaan semalam menjadikan Devoret kakitangan ketiga Google memenangi Hadiah Nobel. Tahun lalu Demis Hassabis dan John Jumper memenangi Hadiah Nobel Kimia 2024 atas kejayaan meramal kesemua struktur protein di dunia dengan bantuan kecerdasan buatan Alpha Ford di Google DeepMind.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link