Malaysia Oversight

Pelancaran Permainan GTA VI Ditangguhkan Ke Tahun Hadapan, Mei 2026

By Amanz in May 2, 2025 – Reading time 1 minute


e-Permainan

Pelancaran Permainan GTA VI Ditangguhkan Ke Tahun Hadapan, Mei 2026

May 2, 2025

Aman

Rockstar Games pada awalnya merancang untuk memperkenalkan permainan popular mereka, Grand Theft Auto VI pada tahun ini. Namun, kini mereka mengeluarkan kenyataan rasmi, menyatakan perkara berkenaan ditangguhkan. Tarikh baharu untuk pelancaran permainan berkenaan kini adalah 26 Mei 2026 kelak, iaitu sekitar setahun lagi.

Rockstar Games mengatakan masa tambahan ini diperlukan dalam memastikan mereka dapat kekal menawarkan permainan pada kualiti tinggi kepada para peminat mereka.

Sebelum ini, beberapa permainan video menjadualkan semula tarikh pelancaran permainan masing-masing supaya tidak terjejas dengan pelancaran masa lebih kurang sama yang mungkin memberikan impak terhadap jualan mereka. Dengan perubahan ini, mungkin kita akan melihat permainan lain mulakan aktiviti promosi mereka untuk tahun ini.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link