Instagram kini sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menyesuaikan kemas kini Notes dengan memilih warna latar belakang serta emoji yang menarik. Dengan adanya pilihan ini, pengguna dapat menjadikan kemaskini Notes lebih menarik dan unik, sambil mengubah cara mereka berkomunikasi dalam aplikasi tersebut.

Cara penggunaan ciri ini masih sama seperti sebelumnya, di mana pengguna hanya perlu membuka aplikasi Instagram pada bahagian mesej peribadi (DM) dan menulis nota ringkas seperti biasa. Namun, untuk menukar warna latar belakang Notes, Instagram mungkin akan menyediakan pilihan warna yang boleh dipilih sebelum pengguna memuat naik kemas kini.

Berdasarkan imej yang dikongsi, Notes tersebut akan kelihatan lebih berwarna sekali gus menjadikan pengalaman komunikasi lebih menyeronokkan dalam aplikasi tersebut. Jika ciri ini ditawarkan dengan lebih banyak pilihan warna, ia juga boleh menjadi kaedah menarik bagi pengguna untuk menyesuaikan Notes mereka mengikut mood atau tema tertentu.