Malaysia Oversight

Ulasan Realme 15 Pro – Prestasi, Bateri Dan Kamera Seimbang

By Amanz in October 3, 2025 – Reading time 9 minute
Ulasan Realme 15 Pro – Prestasi, Bateri Dan Kamera Seimbang


Ulasan Realme 15 Pro – Prestasi, Bateri Dan Kamera Seimbang

October 3, 2025
Realme

Amy Maizuraa

Saya telah menggunakan Realme 15 Pro 5G selama tiga minggu. Sepanjang tempoh ini, prestasinya stabil dan boleh diharap. Dengan cip Snapdragon 7 Gen 4, bateri berkapasiti 7000mAh, kamera 50MP dan skrin AMOLED 144Hz, ia menawarkan ciri menarik pada harga bermula RM1799. Tapi sejauh mana spesifikasi ini memberi kesan dalam penggunaan sebenar? Ini ulasan penuh saya.

Realme 15 Pro Edited

Spesifikasi

Realme 15 Pro 5G
Skrin 6.8-inci, 1280 x 2800 piksel OLED, 144Hz, 6500 nits (peak) 19.5:9 ratio (~453 ppi) Corning Gorilla Glass 7
Pemproses Snapdragon 7 Gen 4 (4nm)
Cip 1 x 2.8 GHz Cortex-720 4 x 2.4 GHz Cortex-720 3 x 1.8 GHz Cortex-520)
Cip Grafik Adreno 722
RAM 12GB RAM
Muatan Dalaman 256/512GB (tiada kad mikroSD)
Kamera Utama 50 MP, f/1.8 (lebar), PDAF, OIS 50 MP, f/2.0 (ultra-lebar) 4K@30/60FPS
Kamera Depan 50 MP, f/2.4 (lebar), 4K@30/60fps 1080p@30/60fps
Bateri Si/C Li-Ion 7000 mAh 80W berwayar
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano
NFC Ya
Infra Merah Ya
Kalis Air IP68/69/66
Sistem Imbasan Imbasan cap jari Imbasan wajah
Harga Jualan RM1799 (12/256GB) 
RM2099 (12/512GB)

Pengalaman Penggunaan

Sepanjang menggunakan Realme 15 Pro 5G, saya mendapati reka bentuknya selesa dan sesuai untuk kegunaan harian. Lengkungan di bahagian hadapan dan belakang bersama bucu yang membulat menjadikan peranti ini mudah dipegang dalam pelbagai situasi seperti menaip, menonton video atau menggunakannya semasa bergerak.

Realme 15 Pro Edited 8

Saya turut menghargai reka bentuk Realme 15 Pro 5G yang nipis dan ringan, walaupun saya lebih suka bentuk berkotak. Reka bentuk ini tetap praktikal dan selesa digunakan dalam tempoh lama. Walaupun ringan, peranti ini terasa kukuh dan tidak kelihatan seperti peranti bajet. Pada pandangan saya, binaannya adalah cukup baik dan sepadan dengan harganya.

Saya menerima unit berwarna Flowing Snow. Warnanya kelihatan moden dengan kemasan belakang yang licin dan berkilau seperti permukaan mutiara atau marmar. Reka bentuk ini mengingatkan saya kepada Huawei P60. Walaupun hadir dengan gaya ringkas dan minimalis, ia tetap kelihatan elegan dan menarik.

Realme 15 Pro Edited 4

Selain itu, Realme 15 Pro 5G turut menyertakan kerangka silikon jernih di dalam kotak sebagai perlindungan asas. Berdasarkan pengalaman saya, bahan seperti ini cenderung berubah warna apabila digunakan dalam tempoh yang panjang. Namun begitu, ia masih berguna untuk melindungi peranti daripada calar ringan dalam penggunaan harian.

Secara keseluruhan, saya berpendapat bahawa kemasan dan warna peranti ini bergantung kepada cita rasa individu. Bagi saya sendiri, warna putih yang digunakan kelihatan kemas dan memberikan sentuhan elegan yang sederhana tanpa kelihatan berlebihan.

Realme 15 Pro Edited 3

Saya turut menyedari bahawa Realme bereksperimen dengan ciri Pulse Light yang terletak di bahagian belakang peranti, di mana lampu ini akan menyala untuk beberapa fungsi seperti pemberitahuan, mod GT dan kamera. Meskipun ada pengguna yang mungkin menganggapnya sebagai ciri yang tidak penting, saya berpendapat ia memberikan kelainan berbanding peranti lain dalam kelas yang sama.

Sebagai perbandingan, vivo juga menawarkan ciri yang dinamakan Pulse Light pada siri Y mereka. Berdasarkan pemerhatian saya, pendekatan vivo untuk ciri Pulse Light pada siri Y kelihatan lebih asas dari segi pencahayaan. Sebaliknya, Realme menggunakan pendekatan yang lebih berwarna-warni, yang pada pandangan saya memberikan sedikit kelainan dari sudut rekaan.

Realme 15 Pro Edited 19

Dalam masa yang sama, kehadiran tiga bonggol kamera pada Realme 15 Pro 5G dilihat lebih bersifat estetika semata-mata. Hal ini kerana peranti ini sebenarnya hanya dilengkapi dengan sistem dwi-kamera sahaja. Berdasarkan pemerhatian saya, bonggol tambahan tersebut mungkin ditambah bagi mewujudkan simetri pada modul kamera.

Saya bagaimanapun berpendapat, rekaan ini sedikit mengganggu penampilan keseluruhan peranti. Sekiranya hanya dua bonggol dikekalkan, reka bentuk ini akan kelihatan lebih kemas dan seimbang. Ia juga tidak terlalu menyerupai pendekatan reka bentuk yang digunakan oleh , seperti yang turut cuba diterapkan oleh beberapa pengeluar Android lain.

Realme 15 Pro Edited 6

Susun atur butang pada Realme 15 Pro 5G masih mengekalkan pendekatan standard seperti kebanyakan peranti mereka sebelum ini. Di sebelah kanan, terdapat butang kuasa dan pelaras audio yang mudah dicapai. Bahagian kiri pula tidak menempatkan sebarang butang atau komponen.

Di bahagian atas, terdapat lubang mikrofon. Sementara itu, di bahagian bawah pula menempatkan port USB C, pembesar suara dan slot untuk kad SIM. Berdasarkan pengalaman saya, susun atur ini mudah difahami dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan semasa penggunaan harian, terutamanya bagi pengguna yang sudah biasa dengan kebanyakan peranti Android.

Realme 15 Pro Edited 7 1

Realme 15 Pro 5G hadir dengan pembesar suara stereo. Bahagian earpiece lebih fokus pada bunyi tinggi tetapi sedikit mendap berbanding pembesar suara utama. Walaupun begitu, keseimbangan audio masih baik dan tidak menjejaskan pengalaman mendengar secara keseluruhan. Bagi saya, tahap kelantangan cukup memadai untuk menonton video dan mendengar muzik harian.

Kualitinya sederhana, namun masih memuaskan untuk kegunaan biasa. Peranti ini juga menyokong audio spatial melalui teknologi OReality daripada Oppo. Namun begitu, ketiadaan Dolby Atmos menjadikan pengalaman bunyi kurang menyerlah jika dibandingkan dengan peranti lain yang menyokong ciri tersebut.

Realme 15 Pro Edited 5

Realme 15 Pro 5G dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.8 inci yang menawarkan resolusi 1,220 x 2,800 piksel. Paparan ini menyokong warna 10-bit, kadar segar semula sehingga 144Hz serta HDR10+. Selain itu, skrin ini turut dilindungi oleh Gorilla Glass 7i untuk ketahanan tambahan.

Berdasarkan pengalaman saya, paparan peranti kelihatan terang seperti yang dijangka daripada panel AMOLED. Kecerahannya tinggi sehingga skrin mudah dibaca walaupun di bawah cahaya matahari. Kadar segar semula 144Hz pula memberikan paparan yang lancar semasa menatal dan menonton kandungan.

Realme 15 Pro Edited 9

Namun begitu, saya perasan kadar 144Hz ini tidak digunakan sepenuhnya kerana kebanyakan aplikasi hanya beroperasi pada 120Hz atau lebih rendah. Oleh itu, angka tersebut lebih kepada nilai promosi dan bukan kegunaan sebenar. Untuk kandungan HDR, saya boleh menonton di YouTube serta Netflix tanpa masalah. Gambar dalam galeri juga kelihatan lebih jelas apabila ciri Pro XDR diaktifkan.


Perkakasan Dan Perisian Dalaman

Realme 15 Pro 5G dilengkapi dengan cip Snapdragon 7 Gen 4 bersama memori RAM 12GB dan storan 512GB. Selain itu, sokongan RAM maya sehingga 14GB membolehkan lebih banyak aplikasi dijalankan serentak tanpa gangguan. Peranti ini juga menggunakan sistem operasi Android 15 bersama antara muka Realme UI 6.0 dan akan menerima sehingga 3 kemas-kini versi Android.

Realme 15 Pro Edited 11

Sepanjang penggunaan, Realme 15 Pro 5G berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah. Tatalan antara muka lancar, animasi kelihatan kemas dan aplikasi dibuka serta dimuat turun dengan pantas. Prestasi ini turut dibantu oleh skrin dengan kadar segar semula yang tinggi menjadikan pengalaman lebih responsif dan selesa.

Secara keseluruhan, saya tidak menghadapi masalah besar semasa menggunakan peranti ini untuk aktiviti harian. Tugasan seperti melayari media sosial, menonton video dan menggunakan aplikasi berjalan lancar. Ini tidak mengejutkan kerana kebanyakan telefon moden memang mampu melaksanakan tugasan harian dengan baik.

AnTuTu 3D

Cip Skor
Snapdragon 7 Gen 4 1,012,352
Dimensity 8400-Ultra 1,590,533
Dimensity 8450 1,437,541
Snapdragon 7s Gen 3 788,110
Snapdragon 7 Gen 3  1,524,100
Tensor G4 1,016,712

Geekbench 6

Cip Satu Teras Multi Teras
Snapdragon 7 Gen 4 1201 3540
Dimensity 8400-Ultra 1575 6121
Dimensity 8450 1615 6174
Snapdragon 7s Gen 3  1146 3123
Snapdragon 7 Gen 3  1137 3130
Tensor G4 1916 4644

3DMark Wildlife Extreme

Cip Skor
Snapdragon 7 Gen 4 6368
Dimensity 8400-Ultra 3839
Dimensity 8450 3780
Snapdragon 7s Gen 3 1037
Snapdragon 7 Gen 3  5334
Tensor G4 2567

Dari segi pengalaman permua, saya dapat memainkan Honor of Kings (HOK) sehingga 120FPS dengan bingkai yang stabil. Ini memberikan pengalaman yang lancar dan memuaskan, terutama bagi pengguna yang mementingkan prestasi grafik. Dari segi suhu, peranti terasa suam semasa sesi permainan biasa tetapi menjadi agak panas ketika menjalankan ujian penanda aras.

Realme 15 Pro Edited 10

Antaramukanya kelihatan moden dan kemas dengan ikon baharu serta kesan cahaya yang menarik. Selain itu, tema Flux boleh diubah mengikut cita rasa manakala animasi yang lancar dan dua tetingkap terapung menjadikan penggunaan lebih bebas. Notifikasi dan tetapan pantas juga dipisahkan untuk kawalan yang lebih mudah.

realme 15 Pro 00A
realme 15 Pro 00B

Di samping itu, sistem ini menawarkan pelbagai ciri pintar yang memudahkan tugasan harian. Sebagai contoh, Sketch to Image membolehkan saya menukar lakaran kepada gambar yang lebih realistik manakala AI Recording Summary membantu meringkaskan rakaman mesyuarat atau kelas secara automatik.

realme 15 Pro 00C
realme 15 Pro 00D

Saya turut menggunakan AI Copywriting untuk menjana kapsyen menarik lengkap dengan emoji. Sementara itu, Smart Loop boleh mengenal pasti tindakan saya dan mencadangkan aplikasi yang sesuai secara serta-merta sama seperti ciri Magic Portal yang terdapat pada peranti Honor.

Realme 15 Pro Edited 15 1

Sistem kamera ini menyokong beberapa ciri menarik seperti Ultra Clarity untuk meningkatkan ketajaman imej yang kabur, Motion Deblur bagi menjadikan subjek yang bergerak kelihatan lebih jelas dan Eraser 2.0 untuk menghapuskan objek yang tidak diingini dengan mudah. Selain itu, ciri Best Face membolehkan pembetulan pada mata yang tertutup dalam gambar manakala AI Studio pula membolehkan pengguna menghasilkan pelbagai gaya visual daripada satu imej.

Saya juga mendapati fungsi Touch to Share sangat berguna kerana ia memudahkan perkongsian gambar dan video antara peranti Android dan iOS dengan hanya satu sentuhan. Namun begitu, kehadiran bloatware masih menjadi isu dan kadangkala menjejaskan pengalaman penggunaan secara keseluruhan.


Kamera Dan Hasil Gambar

Realme 15 Pro 5G mempunyai dua kamera utama 50MP. Kamera pertama ialah lensa sudut lebar dengan autofokus dan penstabilan imej optikal (OIS), jadi gambar lebih stabil dan jelas. Kamera kedua pula ialah lensa ultra lebar yang sesuai untuk merakam gambar landskap atau subjek dalam Kumpulan Selain itu, ia dilengkapi dengan ciri seperti LED flash, HDR dan panorama untuk membantu menghasilkan gambar yang lebih menarik.

Realme 15 Pro Edited 2 1

Peranti ini menyokong rakaman video sehingga 4K pada 30/60FPS serta 1080P dengan beberapa pilihan kadar bingkai. Pengguna boleh pilih profil warna seperti ‘Vibrant’ dan ‘Textured’ mengikut cita rasa. Ia juga menawarkan ciri fotografi seperti AI Landscape, Night, Portrait, Street dan Film. Dalam mod Photo, terdapat pilihan Smart Scene seperti Party, Stage, Silhouette dan Fireworks untuk rakaman yang lebih kreatif dan sesuai dengan suasana.

Realme 15 Pro Edited 13 2

Sepanjang penggunaan kamera utama, saya dapati gambar yang diambil kelihatan tajam dan warnanya menarik. Warna tepu sesuai untuk fotografi jalanan dan bangunan, manakala warna terang lebih sesuai untuk potret dan subjek berwarna-warni. Kedua-dua pilihan menghasilkan imej yang jelas dan penuh perincian. Walaupun di bawah cahaya matahari terik, butiran subjek masih dapat dirakam dengan baik.

IMG 20250912 093751
IMG 20250917 225047
IMG 20250917 231945
IMG 20250917 232249
IMG 20250912 091323
IMG 20250917 232719
IMG 20250912 090603 1
IMG 20250917 231740

Dalam keadaan pencahayaan rendah, saya perasan bahawa hasil gambar daripada kamera utama Realme 15 Pro 5G kelihatan kurang tajam. Mod AI Party pula kadangkala memproses imej secara berlebihan sehingga menjadikan warna terlalu tepu. Walaupun begitu, kamera masih mampu menghasilkan rakaman yang boleh diterima bergantung pada keadaan dan subjek.

IMG 20250912 091917
IMG 20250911 174043
IMG 20250912 091234
IMG 20250917 231448
IMG 20250917 2316261
WhatsApp Image 2025 10 03 at 11.54.45 6fda085b

Beralih kepada mod potret, saya mendapati sistem gagal mengesan tepi dengan kemas, manakala kesan kabur (bokeh) kelihatan kurang licin dan tidak begitu semula jadi. Namun begitu, kamera berjaya mengekalkan tona kulit yang natural tanpa menggunakan kesan kecantikan secara berlebihan, sekali gus menghasilkan potret yang kelihatan lebih realistik.

IMG20250101074717 1
IMG20250101081858
IMG 20250912 091834 1

Dalam mod malam, saya mendapati kamera kadangkala menghasilkan silauan, terutamanya apabila pencahayaan tidak terkawal. Namun, apabila pencahayaan mencukupi, kamera berjaya merakam gambar yang tajam dengan tahap hingar yang rendah.

Sebaliknya, apabila cahaya belakang terlalu terang, kualiti gambar menurun dan ketajaman berkurang. Pada waktu malam, sistem autofokus pula gagal mengekalkan ketepatan apabila subjek bergerak aktif sekali gus menyebabkan fokus menjadi kurang tepat.

IMG 20250912 092114
IMG 20250911 225250
IMG 20250912 092049

AI Edit Genie ialah salah satu ciri menarik pada Realme 15 Pro 5G. Ia membolehkan gambar disunting jadi lebih realistik dengan bantuan teknologi Google. Berdasarkan pengalaman saya, hasil suntingan biasanya baik tetapi kadangkala lambat dan kurang tepat. Walaupun begitu, ia tetap menyeronokkan untuk dicuba. Tambahan pula, ciri ini menyokong arahan dalam bahasa Melayu, menjadikannya lebih mudah digunakan.

After 01 1
After 02 1
IMG 20250909 144001

Bateri Dan Pengacasan

Realme 15 Pro 5G menawarkan kapasiti bateri yang besar dalam kelasnya, iaitu sehingga 7000mAh di mana satu angka yang jarang ditemui dalam peranti komersial masa kini. Berdasarkan pengalaman saya, ketahanan baterinya sangat mengagumkan.

Realme 15 Pro Edited 20

Dalam penggunaan biasa, saya berjaya mendapatkan sehingga 18 jam 48 minit dengan baki bateri 35% selepas dicas penuh. Dalam situasi lain, saya mencapai sekitar 14 jam 34 minit dengan bateri berbaki pada 55%. Sudah tentu, jangka hayat bateri ini bergantung sepenuhnya kepada corak penggunaan masing-masing dan angka ini adalah berdasarkan penggunaan saya sendiri.

Pengecasan pantas 80W SuperVOOC adalah satu kelebihan dan kepala pengecas turut disertakan dalam kotak. Ini menjadikan tawaran lebih berbaloi kerana pengguna tidak perlu membeli pengecas tambahan. Dengan bateri besar dan pengecas pantas ini, pengalaman penggunaan jadi lebih mudah.


Kesimpulan

Secara keseluruhan, Realme 15 Pro 5G menunjukkan peningkatan ketara berbanding model sebelumnya. Ia hadir dengan antara muka moden, ciri AI yang lebih baik dan sistem kamera yang lebih fleksibel. Bateri 7000mAh dan pengecasan pantas 80W memberi kelebihan dari segi ketahanan. Meskipun begitu, masih ada kekurangan seperti kehadiran bloatware dan prestasi AI yang kadangkala tidak konsisten. Realme 15 Pro 5G mungkin bukan peranti yang sempurna, tetapi ia tetap menawarkan nilai yang baik dalam kelasnya.

Realme 15 Pro Edited 4

Bagi pengguna Realme 13 dan keatas, keputusan untuk menaik taraf bergantung kepada keperluan semasa masing-masing. Jika anda mahukan paparan lancar, kamera lebih berkuasa, bateri tahan lama serta sokongan AI yang menyeluruh, maka Realme 15 Pro 5G adalah pilihan yang wajar dipertimbangkan. Namun, jika peranti sedia ada masih memenuhi keperluan harian maka anda mungkin tidak perlu tergesa-gesa untuk menaik taraf.


Pro

  • Prestasi lancar dan stabil dengan cip Snapdragon 7 Gen 4.
  • Paparan OLED 6.8 inci terang dan tajam.
  • Kadar segar semula sehingga 144Hz.
  • Sistem audio stereo cukup memadai.
  • Kamera utama 50MP dengan OIS.
  • AI Edit Genie menyokong arahan suara dalam bahasa Melayu.
  • Bateri besar 7000mAh dan pengecasan pantas 120W.

Kontra

  • Kadar segar semula 144Hz tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
  • Kamera kurang tajam dalam pencahayaan rendah.
  • Mod potret tidak kemas.
  • AI Edit Genie kurang konsisten.
  • Kehadiran bloatware menjejaskan pengalaman penggunaan.
Skor Realme 15 pro 5G

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link