Qualcomm Didapati Tidak Bersalah Melanggar Pelesenan Teknologi Arm
Effi Saharudin
Mahkamah di Delaware mendapati Qualcomm tidak bersalah melanggar terma pelesenan menggunakan teknologi Arm menerusi anak syarikat mereka Nuvia. Arm menyaman Qualcomm pada tahun 2022 kerana mendakwa lesen yang dipegang Qualcomm tidak berpindah tangan ke Nuvia selepas syarikat tersebut diambil alih. Mereka memintas yuran pelesenan tambahan untuk Nuvia terus menggunakan teknologi Arm.

Pada Disember tahun lalu, barisan juri mendapati Qualcomm tidak bersalah dan mahkamah mengesahkannya semalam. Arm berkata mereka akan mengemukakan rayuan ke atas keputusan mahkamah. Arm dan Qualcomm akan bertemu sekali lagi di mahkamah bagi menyelesaikan kes saman pelanggaran kontrak dan tindakan yang didakwa melanggar inovasi awal tahun depan.
Tahun lalu Arm mengancam membatalkan lesen Qualcomm kerana Snapdagon 8 Elite dan X1 Elite dilengkapi CPU Oryon yang didakwa dibangunkan tanpa lesen sah oleh Nuvia. Sumber pertelagahan ialah Qualcomm membayar lesen pada kadar lebih rendah berbanding Nuvia. Arm tidak menghasilkan cip sendiri dengan pendapatan dijana menerusi pelesenan teknologi yang juga digunakan oleh Google, Apple, Samsung dan Huawei.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






