Malaysia Oversight

Kerajaan Cadang Platform Media Sosial Laksana eKYC Menggunakan Dokumen Rasmi

By Amanz in September 26, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan Cadang Platform Media Sosial Laksana eKYC Menggunakan Dokumen Rasmi


Cadang Platform Media Sosial Laksana eKYC Menggunakan Dokumen Rasmi

September 26, 2025
Web 2.0

Amy Maizuraa

menyarankan semua platform media sosial di Malaysia supaya melaksanakan sistem eKYC menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad, pasport atau MyDigital ID.

Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi, Datuk Fadzil menegaskan bahawa langkah ini penting untuk memastikan identiti pengguna disahkan sepenuhnya. Ia juga bertujuan membendung penipuan dalam talian dan menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun daripada memiliki akaun media sosial.

Buat masa ini, pelaksanaan eKYC masih digalakkan secara sukarela. Namun, apabila Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) dikuatkuasakan hujung tahun ini atau awal tahun depan, ia akan menjadi wajib.

turut mendedahkan bahawa platform seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram dan TikTok masih belum mempunyai sistem eKYC yang berkesan. Justeru, kementerian telah mengarahkan agar proses pengesahan identiti menggunakan dokumen rasmi dilaksanakan dengan segera.

Media Sosial Telefon

Dalam masa terdekat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengatur pertemuan di Singapura bersama wakil Meta dan TikTok. Mesyuarat ini turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Pusat Anti-Kewangan Haram Kebangsaan dan Kementerian Kewangan.

Antara isu utama yang akan dibincangkan termasuk penjualan produk terlarang seperti cecair bercampur dadah di platform Meta, serta pelaksanaan sistem eKYC menggunakan dokumen rasmi kerajaan.

BERNAMA

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link