REDMI Pad 2 Pro Dilancarkan Dengan Harga Bermula RM1299
Nur Amzari
REDMI juga berkesempatan untuk menambah tablet model terbaru mereka dalam siri Pad iaitu REDMI Pad 2 Pro. Tablet ini menggunakan skrin sebesar 12.1” serta kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan maksimum sehingga 600nits. Ia turut menawarkan empat pembesar suara dengan ciri 300% audio boost.

REDMI Pad 2 Pro menggunakan pemproses kelas pertengahan iaitu Snapdragon 7s Gen 4 yang berasaskan binaan 4nm. Kapasiti bateri yang dimuatkan adalah 12000mAh dengan pengecasan pantas 33W serta pengecasan berbalik pada kelajuan 27W

REDMI Pad 2 Pro ini boleh didapatkan dengan tiga pilihan warna iaitu Lavender Purple, Silver dan Graphite Grey pada harga bermula RM1299 untuk 8GB/128GB dan RM1399 untuk 8GB/256GB. Ia turut ditawarkan dalam versi 5G pada harga RM1799. Anda boleh dapatkan REDMI Pad 2 Pro ini pada harga RM999 eksklusif secara atas talian.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






