Malaysia Oversight

Shamsul, Tei bergari ke mahkamah, pakai baju lokap

By MkiniBM in November 29, 2025 – Reading time 1 minute
Shamsul, Tei bergari ke mahkamah, pakai baju lokap


Ahli perniagaan Albert Tei dan bekas pegawai kanan kepada Perdana Menteri Ibrahim, Shamsul Iskandar Akin tiba di Mahkamah Majistret awal pagi tadi untuk prosiding permohonan reman mereka.

Kedua-dua lelaki itu dibawa secara berasingan ke mahkamah, dalam keadaan bergari dan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga.

Shamsul dilihat berdiam diri ketika berjalan menuju ke mahkamah manakala Tei beberapa kali melaung.

“Inilah akibat melawan pemimpin tertinggi. Siapa lagi berani mendedahkan salah laku pemimpin tertinggi.

“Menghina negara ini,” katanya.

[Berita peniuh menyusul]



Source link