Malaysia Oversight

OnePlus Dilaporkan Akan Ditutup Oleh Oppo

By Amanz in January 21, 2026 – Reading time 1 minute
Ulasan OnePlus 15 – Pantas dan Berkuasa


OnePlus Dilaporkan Akan Ditutup Oleh Oppo

January 21, 2026
OnePlus

Effi Saharudin

Adalah OnePlus akan dikuburkan oleh Oppo? Ini ialah dakwaan laman Android Headlines selepas melihat bagaimana OnePlus diserap semula ke dalam Oppo, pengurangan tenaga kerja, jualan merosot dan beberapa produk didakwa akan dibatalkan.

Antara petanda yang menunjukkan OnePlus mungkin akan dikuburkan ialah penutupan stor secara besar-besaran di India yang adalah pasaran kedua terbesar OnePlus selepas . Sementara itu di Eropah dan Amerika Syarikat jumlah kakitangan juga telah dikurangkan secara mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

OnePlus 15 Kotak B

Android Headlines berkata antara sebab mengapa OnePlus akan dikuburkan adalah kerana jualan yang semakin merosot. Pengeluaran peranti susut 20% sepanjang 2024 dengan ia dapat dilihat paling ketara di India dan yang menyumbang 74% jualan peranti.

Sementara itu di Amerika Syarikat peranti OnePlus tidak lagi ditawarkan dalam berkas oleh syarikat telekomunikasi utama seperti di peringkat awal. Tambahan lagi laporan turut mendakwa OnePlus Open 2 dan OnePlus 15s telah dibatalkan. Sungguhpun OnePlus mungkin berkubur, pelanggan sedia ada akan masih akan disokong seperti dijanjikan.

Pihak OnePlus dan Oppo belum lagi mengeluarkan kenyataan menyangkal laporan ini. Baru-baru ini Realme telah diserap kembali ke dalam Oppo dan mungkin akan menerima perhatian yang lebih. Di Malaysia dapat dilihat promosi untuk OnePlus sudah berkurangan mendadak tanpa majlis pelancaran besar-besaran semasa era Carl Pei dahulu.

Sekiranya laporan ini benar, OnePlus akan menjadi sebuah lagi jenama telefon pintar yang dahulunya gah tetapi kemudiannya dilupakan kerana produk kurang mendapat sambutan pengguna.



Source link