Malaysia Oversight

Pelbagai Negara Menilai Kembali Kebergantungan Pada Sesuatu Model AI – Selepas Amerika Halang Akses Model Baharu Anthropic

By Amanz in June 15, 2026 – Reading time 1 minute
Anthropic Kini Dinilaikan Lebih $1 Trilion Pada Pasaran Sekunder – Lebih Tinggi Berbanding OpenAI


Pelbagai Negara Menilai Kembali Kebergantungan Pada Sesuatu Model AI – Selepas Amerika Halang Akses Model Baharu Anthropic

June 15, 2026
Kecerdasan Buatan

Aman

beberapa buah negara kini sedang pertimbang dan menilai kembali kebergantungan kepada sesuatu model kecerdasan buatan, selepas Amerika Syarikat melakukan halangan penggunaan model Fable 5 dan Mythos 5 oleh Anthropic kepada mereka yang bukan rakyat Amerika Syarikat sejak penghujung minggu lepas. Langkah ini turut membuatkan Anthropic sendiri mematikan akses kepada model baharu mereka untuk semua pengguna seluruh dunia.

Claude

Perdana Menteri Kanada mengatakan situasi ini berlaku disebabkan terlalu bergantung pada sesuatu model. Beliau turut menambah mengatakan tiada siapa yang bersalah dalam hal ini, tetapi kita bersalah sekiranya hanya menerimanya dan tidak mengambil sebarang pengajaran daripadanya, atau tidak membangunkan sesuatu hasil daripadanya.

Selain halangan akses kepada model baharu ini, desas-desus sebelum ini turut mengatakan Amerika mungkin akan mengambil pegangan pada OpenAI – seperti mana mereka mempunyai pegangan pada Intel. Ini lebih memberikan sebab kenapa sesuatu negara perlu mempunyai penawaran teknologi berdaulat mereka tersendiri.

Selain Kanada, beberapa negara Eropah telah turut menekankan kepada kedaulatan teknologi dengan membangunkan penawaran kendiri, selain India yang turut telah mula pertimbangkan dana tersendiri dalam membangunkan penawaran masing-masing.



Source link