Malaysia Oversight

Amazfit Active Max Dijual Di Malaysia Pada Harga RM749

By Amanz in January 8, 2026 – Reading time 1 minute
Amazfit Active Max Dijual Di Malaysia Pada Harga RM749


Amazfit Active Max mula ditawarkan di Malaysia sebagai pilihan baharu daripada jenama tersebut. Jam tangan ini memberi tumpuan kepada pengguna yang mencari keseimbangan antara aktiviti harian dan aktiviti ekstrem sekaligus. Bagi yang berminat, ia dijual pada harga RM749 seutas manakala untuk masa terhad ditawarkan pada harga promosi RM699.

Amazfit Active Max 5

Amazfit Active Max hadir dengan skrin AMOLED 1.5″ (480 x 480 piksel) serta kecerahan puncak 3,000 nits. Ia dipadankan dengan bateri 685mAh yang mampu bertahan sehingga 25 hari dalam penggunaan biasa. Selain itu, jam ini turut dilengkapi sensor BioTracker PPG (5PD + 2LED) bagi memastikan bacaan kesihatan lebih tepat.

Amazfit Active Max 2
Amazfit Active Max 3

Ia menawarkan pelbagai ciri kecergasan seperti pemantauan denyutan jantung, oksigen dalam darah, paras tekanan serta suhu kulit. Lebih 170 mod sukan terbina diberikan termasuk Advanced Running Support dengan Track Run, Smart Trajectory Correction dan Virtual Pacer bagi membolehkan pengguna sentiasa aktif. Selain itu, jam ini menyokong fungsi panggilan telefon Bluetooth dan ciri Call Quick Reply (khusus untuk Android).

Amazfit



Source link