PlayStation Family App Memudahkan Ibu-Bapa Mengawal Perihal Gaming Anak-Anak
Nazrin
Sony baru-baru ini telah memperkenalkan satu aplikasi khusus untuk konsol permainan video PlayStation 5 mereka, iaitu PlayStation Family App, yang memudahkan ibu-bapa untuk mengawal pelbagai jenis perihal gaming anak-anak mereka.
Melalui aplikasi ini, mereka boleh menetapkan pelbaga tetapan kawalan anak-anak sedia ada seperti jumlah permainan sehari, masa permainan dan juga genre-genre permainan yang dibenarkan untuk dimainkan pada akaun-akaun mereka terus daripada aplikasi ini.

Secara teknikalnya, kawalan ibu-bapa sudahpun diperkenalkan untuk akaun PlayStation anak-anak, tetapi dengan aplikasi ini, tetapan kawalan ini boleh dilakukan terus daripada peranti pintar mereka, dan tidak lagi memerlukan mereka untuk mengaksesnya melalui konsol.
Lebih menarik lagi ialah selain daripada tetapan ialah ia juga boleh menghantar maklumat tentang penggunaan konsol kepada anda secara masa nyata, jadi anda boleh melihat apakah permainan yang anak-anak anda sedang main, berapa lama mereka memainnya, dan juga memberi kebenaran atau menolak lanjutan masa bermain.
Aplikasi ini sudah mula ditawarkan melalui Apple App Store dan Google Play Store dan sudah boleh dimuat-turun.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.