Malaysia Oversight

Wan Azizah sertai isteri pemimpin menelusuri Sungai Haihe di Tianjin

By MkiniBM in September 2, 2025 – Reading time 1 minute
Wan Azizah sertai isteri pemimpin menelusuri Sungai Haihe di Tianjin


Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyertai Wanita Pertama Peng Liyuan dan isteri pemimpin asing menelusuri sungai di sepanjang Sungai Haihe, pada Isnin.

Program untuk pasangan pemimpin yang diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 itu, dihoskan oleh Peng.

Tetamu yang hadir termasuk isteri kepada Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev, Presiden Mongolia Ukhnaa Khurelsukh, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Nepal KP Sharma Oli, Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouly dan anak perempuan kepada Presiden Iran Masoud Pezeshkian.

109a9af1b93a0ad2a727d0d3480a0b61

Perjalanan menaiki bot itu membawakan mereka menelusuri Sungai Haihe yang ikonik, sambil menikmati pemandangan landskap bandar yang kaya dengan warisan sejarah dan tarikan moden di bandar pelabuhan Tianjin.

Wan Azizah mengiringi Datuk Seri Ibrahim dalam lawatan kerja empat hari di .

– Bernama



Source link