Malaysia Oversight

Ribuan Pekerja TikTok Di Asia Tenggara dan UK Dibuang Kerja Kerana Digantikan Dengan AI

By Amanz in August 25, 2025 – Reading time 1 minute
Ribuan Pekerja TikTok Di Asia Tenggara dan UK Dibuang Kerja Kerana Digantikan Dengan AI


Ribuan Pekerja TikTok Di Asia Tenggara dan UK Dibuang Kerja Kerana Digantikan Dengan AI

August 25, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Hujung minggu lalu mula kelihatan muatan di media sosial pekerja TikTok di Malaysia dan Indonesia dibuang kerja secara mengejut. Kini WSJ mengesahkan ribuan kakitangan di Asia Tenggara dan United Kingdom telah ditamatkan perkhidmatan kerana tugas mereka diambil alih oleh kecerdasan buatan (AI).

Di UK, 2400 kakitangan bahagian moderator kandungan dibuang kerja. Jumlah kakitangan yang dibuang di Asia Tenggara masih belum diketahui kerana tidak ada undang-undang mewajibkan ia dilaporkan kepada jabatan buruh.

000 1UD4UF

Sebanyak 85% kandungan yang melanggar terma laman dikenalpasti oleh AI sebelum dibuang yang membuatkan kakitangan manusia tidak lagi diperlukan. Ini ialah berita yang kurang enak bagi kakitangan bahagian moderator kandungan TikTok kerana lewat tahun lalu, 500 telah dibuang kerja dengan 481 daripadanya di Malaysia.

Penggunaan AI sebagai ganti manusia juga merisaukan kerana TikTok kini melabel kandungan pro-Palestin yang mengatakan tentera Israel (IDF) sebagai pengganas akan dipadam secara automatik. Pelantikan bekas tentera IDF sebagai pengurus kandungan IDF baru-baru ini menerima bantahan dunia termasuk daripada Menteri Komunikasi, Datuk Fadzil.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link