Malaysia Oversight

Bekas setiausaha politik, isteri direman

By MkiniBM in February 12, 2026 – Reading time 1 minute
Bekas setiausaha politik, isteri direman


Bekas setiausaha politik kepada bekas ketua menteri Melaka dan isterinya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.

Perintah reman hingga 16 Feb ini dikeluarkan majistret Ezrene Zakariah selepas menerima permohonan  daripada SPRM di Mahkamah Majistret .

Siasatan akan dijalankan membabitkan dakwaan meminta dan menerima suapan kira-kira RM3 juta sebagai balasan membantu syarikat dilantik sebagai konsesi projek penambakan laut di sekitar Melaka.

Media melaporkan, pasangan suami isteri itu ditahan pada dua petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Siasatan awal SPRM mendapati suspek yang bergelar Datuk Wira itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit antara Februari hingga November 2021.

Hasil siasatan turut mendapati wang rasuah berkenaan dipercayai digunakan untuk membeli seunit kondominium di sekitar Lembah Klang.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu tiba di pekarangan Mahkamah kira-kira 9.10 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM dan kes disiasat di bawah Seksyen 16a(A) Akta SPRM 2009.

-Bernama



Source link