Malaysia Oversight

Tiada Iklan Dalam Google Gemini Dalam Masa Terdekat

By Amanz in January 21, 2026 – Reading time 1 minute
Tiada Iklan Dalam Google Gemini Dalam Masa Terdekat


Tiada Iklan Dalam Google Gemini Dalam Masa Terdekat

January 21, 2026
Google
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Minggu lalu OpenAI mengumumkan ChatGPT akan memaparkan iklan sekiranya ia digunakan secara percuma atau melanggan pelan ChatGPT Go. Ia dilihat sebagai langkah untuk meningkatkan pendapatan syarikat yang dilaporkan akan kehabisan dana menjelang 2027 kerana kos operasi yang tinggi. Ini menimbulkan persoalan sama ada langkah OpenAI akan diikuti oleh perkhidmatan AI yang lain.

Google Gemini AI

Ketika di Forum Ekonomi Davos, CEO DeepMind Demis Hassabis dipetik berkata Google tidak mempunyai perancangan pada waktu ini untuk memperkenalkan iklan di dalam Gemini. Beliau sekadar berkata menarik melihat OpenAI melakukannya “mungkin mereka rasa mereka perlu menjana lebih banyak pendapatan.”

Tahun lalu OpenAI menjana pendapatan lebih $20 bilion yang adalah peningkatan mendadak daripada $6 bilion pada tahun 2024. Sungguhpun begitu kos membina pelbagai pusat data seperti Stargate dan majoriti pengguna ChatGPT adalah percuma, menyebabkan syarikat masih menanggung kerugian.

Sources



Source link