Malaysia Oversight

RedMagic 11 Air Dilancarkan – Skrin 144Hz Dan Bateri 7000mAh

By Amanz in January 20, 2026 – Reading time 1 minute
RedMagic 11 Air Dilancarkan – Skrin 144Hz Dan Bateri 7000mAh


RedMagic 11 Air Dilancarkan – Skrin 144Hz Dan Bateri 7000mAh

January 20, 2026
Nubia
ZTE

Amy Maizuraa

RedMagic 11 Air dilancarkan di dengan rekaan lut cahaya yang memperlihatkan elemen dalaman, manakala ketebalannya hanya 7.85mm menjadikannya lebih nipis sesuai dengan penjenamaannya. Selain itu, ia turut dilengkapi kipas penyejuk aktif bersama lampu RGB yang sekali gus menambah tarikan peranti ini.

RedMagic 11 Air 003

Peranti juga hadir dengan paparan OLED 6.85″ beresolusi 1.5K serta kadar segar semula 144Hz. Selain itu, ia menggunakan rekaan skrin penuh yang membolehkan kamera swafoto terbina di bawah paparan. Paparan ini turut menampilkan bezel senipis 1.25mm manakala nisbah skrin-ke-badan mencapai 95.1% untuk pengalaman tontonan lebih imersif.

RedMagic 11 Air 004

Tunjang utama peranti ini dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite yang digabungkan dengan cip permainan Redcore R4 keluaran RedMagic. Selain itu, ia dipadankan dengan memori 12GB RAM LPDDR5 dan storan UFS 4.1. Untuk melengkapi prestasinya, RedMagic turut menyertakan CUBE Sky Engine yang dibangunkan sendiri bagi memastikan pengalaman bermain lebih lancar.

RedMagic 11 Air 002

Meskipun dibawah penjenamaan Air, peranti ini hadir dengan bateri besar 7,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Selain daripada itu, ia dilengkapi sistem penyejukan khusus dengan pendakap aluminium gred aeroangkasa dan ruang wap 4D, manakala kipas terbina bersama penyejukan dwi-trek pula boleh memastikan suhu tetap stabil sepanjang penggunaan.



Source link