Instagram Kini Membolehkan Anda Mengawal Algoritma Paparan Reels
Aman
Instagram sebelum ini telah memperkenalkan secara terhad kebolehan mengawal algoritma paparan Reels di Amerika Syarikat. Kini, bermula hari ini, ciri berkenaan turut diperluaskan untuk para pengguna Instagram seluruh dunia yang menggunakan aplikasi dengan tetapan berbahasa Inggeris.
Melalui sokongan ini, pengguna boleh memilih topik-topik Reels yang anda ingin tonton atau lihat pada tab Reels, dan seterusnya algoritma akan memaparkan kandungan berkaitan sahaja.

Dengan langkah ini, pengguna akan dapat melihat kandungan yang digemari mereka, dan secara tidak langsung meluangkan masa lebih lama pada aplikasi berkenaan.
Ciri baharu ini sedang diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia. Tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan untuk pengguna yang menggunakan Instagram dalam tetapan bahasa lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





