Malaysia Oversight

xAI Mengatakan Akan Bangunkan AI Yang Turut Menguasakan Robot Seperti Tesla Optimus

By Amanz in January 10, 2026 – Reading time 1 minute
xAI Mengatakan Akan Bangunkan AI Yang Turut Menguasakan Robot Seperti Tesla Optimus



xAI Logo

xAI Mengatakan Akan Bangunkan AI Yang Turut Menguasakan Robot Seperti Tesla Optimus

January 10, 2026
Kecerdasan Buatan
Robot

Aman

Firma kecerdasan buatan milik Elon Musk, xAI kini dipetik mengatakan mereka akan teruskan pelaburan dalam pembangunan model kecerdasan buatan, termasuk membangunkan kecerdasan buatan yang boleh menguasakan robot berbentuk manusia. Contoh yang diberikan adalah robot yang dibangunkan Tesla, iaitu Tesla Optimus.

Buat masa ini, xAI menekankan mereka memfokuskan kepada pembangunan agen AI, dan juga beberapa perisian lain. Ini juga selari dengan perkongsian Elon Musk berkenaan Macrohard sebelum ini, iaitu bahagian khusus dibawah xAI yang membangunkan perisian.

Terdapat sejumlah pihak yang melakukan pelaburan besar dalam arena kecerdasan buatan, termasuk antaranya adalah OpenAI, Google, Microsoft, Meta, dan beberapa yang lain. Ini tidak termasuk syarikat-syarikat di yang sedia menerajui arena robotik dan melakukan integrasi kecerdasan buatan pada robot dengan pantas.

Perkongsian ini hadir lanjutan daripada xAI yang telah meraih suntikan pelaburan berjumlah $20 bilion baru-baru ini. Seperti pelbagai syarikat kecerdasan buatan lain, xAI juga kini sedang berbelanja besar dalam pembangunan, dan tidak diketahui apakah perancangan mereka dalam menjana pendapatan untuk pembangunan ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link