X Tidak Boleh Diakses Menerusi Web
January 10, 2026
Web 2.0
Effi Saharudin
Laman web X.com pada ketika ini tidak boleh diakses menggunakan pelayar web. Kami menyedari isu ini beberapa minit lalu dan ia turut menyebabkan perkhidmatan XPro juga turut tergendala. Semakan menerusi laman Is It Down Right down right now menunjukkan ramai pengguna melaporkan mereka juga tidak boleh mengakses X versi web pada waktu ini.

Pihak X masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengapa perkhidmatan hanya tergendala pada versi laman web sahaja. Jadi sekiranya anda pengguna tegar X, ia hanya boleh diakses menggunakan aplikasi telefon pintar sahaja. Artikel akan dikemaskini sejurus selepas maklumat lebih lanjut diketahui.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






