Malaysia Oversight

Grok Telah Disekat Di Indonesia

By Amanz in January 10, 2026 – Reading time 1 minute
Grok Telah Disekat Di Indonesia


Grok Telah Disekat Di Indonesia

January 10, 2026
Lain-lain

Effi Saharudin

Indonesia menyekat sementara akses kepada chatbot kecerdasan buatan (AI) Grok disebabkan risiko ia menjana imej seksual termasuk yang melibatkan kanak-kanak.

xAi Grok Logo

Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia Meutya Hafid mengatakan melihat janaan imej palsu seksual tanpa persetujuan sebagai pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia, maruah dan keselamatan rakyat dalam ruang digital. Kementerian itu juga telah memanggil wakili X untuk membincangkan perkara itu.

Indonesia menjadi negara pertama menyekat akses Grok kepada pengguna tempatan selepas ia mula menjana gambar tidak senonoh pengguna dua minggu lalu. Kerana siasatan yang dimulakan di Malaysia, India, UK dan EU, semalam ciri janaan gambar hanya boleh digunakan pelanggan X Premium.

Reuters



Source link