Malaysia Oversight

Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Super Mungkin Ditunda Tanpa Tarikh Baru

By Amanz in January 9, 2026 – Reading time 2 minute
Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Super Mungkin Ditunda Tanpa Tarikh Baru



NVIDIA Super

Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Super Mungkin Ditunda Tanpa Tarikh Baru

January 9, 2026
NVIDIA

Nazrin

Satu lagi ura-ura berkenaan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Super telah dilaporkan baru-baru ini, dimana pihak pengeluar komponen komputer telah diberitahu bahawa pembangunan cip pemprosesan grafik untuk siri kad grafik tersebut telah ditunda sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Super telah diwar-warkan kehadirannya sejak pertengahan tahun lepas, dimana ramai pihak yang mengatakan bahawa NVIDIA akan memperlihatkannya sewaktu acara CES 2026.

Berita penundaan terbaru ini diperlihatkan melalui forum perdagangan Board Channels yang rata-rata mempunyai maklumat tepat berkenaan isu-isu seperti ini. Forum ini secara lazimnya terdiri daripada profesional yang bekerja dalam industri pembuatan komponen elektronik dan rakan-rakan mereka, jadi sekiranya mereka berkongsi bahawa NVIDIA akan menunda pengeluaran cip grafik tersebut, kebarangkalian besar ialah bahawa ia adalah benar.

Jika tepat, perkara ini juga dilihat sebagai sesuatu yang tidak begitu mengejutkan. Model kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 dan GeForce RTX 5080 khususnya masih lagi diantara kad grafik pengguna yang paling berkuasa di pasaran sekarang. Syarikat seperti AMD dan Intel rata-rata hanya menghasilkan kad grafik untuk komputer kelas pertengahan, jadi pengguna yang mahukan komponen grafik berkuasa masih lagi akan membeli penawaran NVIDIA.

Di acara CES, NVIDIA juga telah memperkenalkan DLSS 4.5 iaitu teknologi penaiktarafan kualiti grafik dalam permainan yang menggunakan kemampuan AI terbina dalam siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000. NVIDIA juga dijangka melancarkan siri kad grafik GeForce RTX 6000 pada penghujung tahun 2027, dan tidak akan melancarkan langsung kad grafik siri Super ini.

Board Channels



Source link