Malaysia Oversight

NVIDIA Selesai Beli Saham Intel Sebanyak $5 Bilion

By Amanz in December 29, 2025 – Reading time 1 minute
NVIDIA Melabur $5 Bilion Pada Intel – Fokus Pembangunan Dan Integrasi Produk PC Dan Pusat Data


NVIDIA Selesai Beli Saham Intel Sebanyak $5 Bilion

December 29, 2025
Intel
NVIDIA

Aman

Pada bulan September lepas, NVIDIA telah mengatakan akan melabur sebanyak $5 bilion pada Intel. Selari dengannya, kini ia dilihat transaksi pembelian saham Intel oleh NVIDIA telah pun selesai.

Pembelian saham ini juga sebelum ini telah menerima kelulusan pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Intel NVIDIA

Sebelum ini, ia telah diumumkan yang mana kedua-dua pihak akan bekerjasama dengan lebih rapat dalam pembangunan produk memfokuskan PC dan juga pusat data, termasuk melibatkan kecerdasan buatan. Disamping itu, kedua-dua pihak turut akan mengintegrasikan senibina produk antara satu sama lain.

Selain NVIDIA, sebelum ini Amerika Syarikat turut telah mendapatkan pegangan ekuiti pada Intel.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link