China Haramkan Pemegang Pintu Kereta Boleh Disorok Bermula 2027
Effi Saharudin
Kenderaan model khususnya EV dilengkapi pintu automatik yang menggunakan kuasa elektrik dengan ia boleh dibuka menggunakan butang. Tetapi pihak Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China akan mengharamkan penggunaan pintu kereta yang boleh disorok bermula 1 Januari 2027. Pada waktu yang sama setiap kenderaan dengan berat bawah 3.5 ton perlu mempunyai pembuka pintu kecemasan mekanikal di dalam dan luar bermula pada tarikh yang sama.

Draf baharu yang dikeluarkan pada 16 Disember adalah kesinambungan kepada notis yang diterbitkan Oktober lalu oleh kementerian yang sama bagi mengumpul maklum balas daripada pihak pengeluar di China.
Dalam kemalangan melibatkan EV, kuasa elektrik terputus dan menyebabkan penumpang terperangkap di dalam kenderaan. Sistem mekanikal kecemasan yang disertakan adalah tersorok dan sudah berlaku beberapa kes penumpang mati terbakar.
Pintu elektrik dengan pemegang tersorok juga tidak membenarkan orang di luar membuka pintu untuk menyelamatkan mangsa. Di Amerika Syarikat, Tesla sudah disaman kerana mendakwa pintu Cybertruck tidak boleh dibuka selepas kemalangan menyebabkan penumpang mati terbakar. .
China ialah pasaran EV terbesar dunia pada ketika arahan kerajaan akan membawa perubahan besar pada rekaan kenderaan dalam masa terdekat. Untuk terus dipasarkan di China, pengeluar lain seperti Tesla dan Hyundai perlu akur dengan keperluan pihak berkuasa tempatan.






