Xiaomi 17 Ultra Leica Edition Akan Hadir Dengan Logo Ikonik Lebih Menonjol
Amy Maizuraa
Xiaomi dilihat cuba menyediakan sesuatu yang istimewa buat pengguna setia dan usaha ini dapat dilihat melalui kehadiran peranti mercu Xiaomi 17 Ultra yang bakal dilancarkan dengan sentuhan eksklusif daripada Leica.

Lebih menarik, kerjasama ini bukan sekadar kerjasama biasa sebaliknya kemasan peranti turut tampil eksklusif dengan logo ikonik Leica yang lebih menonjol. Peranti tersebut akan hadir dengan logo berbentuk bulat berwarna merah bersama tulisan putih Leica di tengahnya.
Sebagaimana diperlihatkan dalam video promosi, kemasan ini jelas berbeza daripada kemasan biasa yang pernah digunakan sebelum ini. Selain itu, Xiaomi turut menyediakan kotak bungkusan eksklusif berwarna hitam lengkap dengan logo kedua-dua jenama sekali gus menambah nilai premium pada produk ini.

Ada yang berpendapat bahawa logo Leica telah digunakan oleh Xiaomi sejak beberapa generasi. Hal ini memang benar namun sebelum ini logo tersebut hanya hadir pada kotak pembungkusan Xiaomi 15 Ultra dan tidak digunakan pada tubuh telefon. Kini, kemunculannya secara langsung pada model Xiaomi 17 Ultra membuktikan bahawa kerjasama antara Xiaomi dan Leica berpotensi menjadi semakin kukuh.






