Malaysia Oversight

HTC Ingin Memperluaskan Penawaran Kaca Mata Pintar Ke Asia Tenggara Pada Awal 2026

By Amanz in December 22, 2025 – Reading time 1 minute
HTC Ingin Memperluaskan Penawaran Kaca Mata Pintar Ke Asia Tenggara Pada Awal 2026


HTC Ingin Memperluaskan Penawaran Kaca Mata Pintar Ke Asia Tenggara Pada Awal 2026

December 22, 2025
HTC

Aman

HTC baru-baru ini telah memperkenalkan kaca mata pintar tersendiri, dinamakan VIVE Eagle, ditawarkan di Taiwan. Untuk tahun 2026, HTC menyasarkan untuk memperluaskan penawaran kaca mata pintar berkenaan, termasuk di pasaran Jepun dan Asia Tenggara.

HTC Vive Eagle

Menjadi fokus utama pada kaca mata pintar ini adalah integrasi kecerdasan buatan, dan HTC menyokong beberapa model kecerdasan buatan janaan, termasuk OpenAI dan juga Google Gemini. Disamping itu, ia turut dipadankan dengan model kecerdasan buatan HTC tersendiri, yang menyokong beberapa perkara, termasuk membolehkan ia menghimpunkan data seperti wajah dan nama, lokasi parkir, serta lain-lain.

Pengguna boleh turut bertanyakan soalan berkenaan berita, melakukan terjemahan, merakamkan gambar, dan lain-lain terus menggunakan arahan suara ketika memakai kaca mata pintar ini.

HTC Vive

HTC turut menekankan mereka hadir dengan strategi memfokuskan Asia dari segi sokongan dan rekabentuk – berbeza dengan yang lain seperti Meta yang lebih kepada barat.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan sama ada HTC boleh kembali gah seperti suatu ketika dahulu melalui penawaran kaca mata pintar ini, atau sebaliknya.



Source link