Malaysia Oversight

NASA Lancarkan Satelit DiskSat Berbentuk Piring Terbang

By Amanz in December 18, 2025 – Reading time 1 minute
NASA Lancarkan Satelit DiskSat Berbentuk Piring Terbang


NASA Lancarkan Satelit DiskSat Berbentuk Piring Terbang

December 18, 2025
Aeronautik

Effi Saharudin

Satelit pertama Sputnik berbentuk sfera dengan empat antena panjang dengan pelancarannya memulakan perang angkasa lepas antara Amerika Syarikat dan USSR. Satelit model secara lazimnya berbentuk kotak bagi memaksimumkan penggunaan ruang sebuah satelit. Tengah hari tadi, NASA berjaya melancarkan empat “keping” DiskSat dengan setiap satu satelit ini kelihatan seperti piring terbang UFO.

DiskSat ialah evolusi kepada CubeSAT berbentuk kiub yang dilancarkan oleh UITM pada tahun 2018. Penyelidik mendapati walaupun CubeSat bersaiz kecil memudahkan beberapa satelit dilancarkan serentak, ia mempunyai isu menjana kuasa elektrik mencukupi untuk sistem elektronik kerana saiz panel solar yang kecil.

Satelit DiskSat B

Dengan satelit berbentuk piring, panel solar lebih besar boleh digunakan dengan ia boleh menjana bekalan elektrik yang diperlukan. Satelit berbentuk piring terbang ini dibangunkan oleh Aerospace Corporation dengan ia menggunakan semula komponen CubeSat sedia ada.

Satelit DiskSat A

Dengan rekaannya yang di luar kotak, bukan sahaja ia membekalkan kuasa lebih tinggi tetapi juga mempunyai rintangan udara yang lebih rendah. Apabila dipadankan dengan enjin elektrik, DiskSat boleh beroperasi pada ketinggian bawah 300 km daripada permukaan bumi.

Pelancaran hari ini dilakukan dengan empat DiskSat dengan lebar 1 meter dan tebal 2.5 cm menggunakan roket milik Rocket Lab USA, Inc di Long Beach California. Setiap prototaip DiskSat dibina menggunakan bahan gentian karbon dan aluminium dengan teras seakan sarang lebah.

NASA Ames



Source link