Malaysia Oversight

Pembukaan Pusat Data Baru Dikatakan Tidak Akan Menyebabkan Tarif Elektrik Dan Air

By Amanz in December 8, 2025 – Reading time 2 minute
Lebih Dua Pertiga Kapasiti Pusat Data Asia Tenggara Akan Dibina Di Malaysia


Pembukaan Pusat Data Baru Dikatakan Tidak Akan Menyebabkan Tarif Elektrik Dan Air

December 8, 2025
Lain-lain

Nazrin

Malaysia dijangka akan membuka banyak bangunan pusat data dalam masa terdekat dan akan datang kelak, dan sebahagian daripada kerisauan orang ramai ialah tentang penggunaan air yang tinggi untuk menyejukkan komputer-komputer pelayan tersebut.

Terkini, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir telah mengatakan bahawa kos menaiktaraf sumber bekalan kuasa elektrik dan air yang perlu dilakukan untuk menampung kapasiti penggunaan baru ini akan ditampung sepenuhnya oleh syarikat-syarikat pembangun infrastruktur, dan tidak akan dipindahkan kepada pengguna biasa.

Beliau ditanya oleh Senator Datuk Rosni Sohar tentang impak pembangunan pusat data terhadap penggunaan bekalan tenaga elektrik dan air dan sekiranya ia akan memberi kesan mudarat terhadap rakyat Malaysia.

Pusat Data Center

Menurut Akmal Nasrullah, perjanjian untuk bekalan tenaga elektrik sebanyak 7000MW diantara pengendali pusat data dan Tenaga Nasional Berhad sudahpun dicapai, dan telah menetapkan kategori tarif Ultra High Voltage (UHV) untuk pusat data yang menggunakan tenaga elektrik pada kadar yang sangat tinggi.

Tambahan kepada itu, beliau juga mengatakan untuk pusat data yang memerlukan sistem penyejukan yang memerlukan penggunaan air yang banyak, pengendali pusat data juga sedang bekerjasama dengan pembekal air untuk mengimplimentasi sistem pengurusan bekalan air yang mampan untuk mengelakkan keperluan pusat data dari mengacau sumber bekalan air pengguna.

Malah, tarif air khusus untuk pusat data juga sudah ditetapkan dibawah Kerangka Pusat Data Mampan Negara dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan perlu dituruti bermula 1 September 2025, dari fasa pembangunan pusat data sehinggalah apabila ia beroperasi untuk memproses data.

Bernama



Source link