Malaysia Oversight

Cary-Hiroyuki Tagawa, Pelakon Mortal Kombat dan Tekken Meninggal Dunia

By Amanz in December 5, 2025 – Reading time 1 minute
Cary-Hiroyuki Tagawa, Pelakon Mortal Kombat dan Tekken Meninggal Dunia


Cary-Hiroyuki Tagawa, Pelakon Mortal Kombat dan Tekken Meninggal Dunia

December 5, 2025
e-Permainan
Kreatif
Lain-lain

Effi Saharudin

Cary-Hiroyuki Tagawa pelakon yang dikenali ramai kerana memegang watak ikonik Shang Tsung dalam filem Mortal Kombat meninggal dunia pagi ini di usia 75 tahun. Menurut keluarga, mendiang meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi serangan strok.

Cary Hiroyuki Tagawa Shang Tsung Mortal Kombat

Dilahirkan di Tokyo dan dibesarkan di Amerika Syarikat, Tagawa mula dikenali ramai selepas muncul dalam filem The Last Emperor dan Showdown in Little Tokyo. Tetapi wajah beliau semakin dikenali selepas membintangi filem aksi nyata Mortal Kombat pada tahun 1995.

Kerana lakonan beliau sebagai Shang Tsung sangat berkesan, beliau kembali membawakan watak sama dalam siri TV Mortal Kombat: Legacy dan Mortal Kombat X: Generations serta watak sama dalam permainan video Mortal Kombat 11, Mortal Kombat 11 Aftermath, dan Mortal Kombat 11 Ultimate.

Selain Shang Tsung, mendiang juga memegang watak Heihachi Mishima dalam dua filem aksi nyata Tekken, permainan video World of Warcraft: Legion, Soldier Boyz dan Batman: Rise of Sin Tzu. Dalam kerjaya yang bermula pada tahun 1986, Cary-Hiroyuki Tagawa terlibat dalam 144 projek.

Bagi yang tidak begitu berminat dengan permainan video, wajah bengis beliau ketika melakonkan watak antagonis boleh dilihat juga dalam filem Big Trouble in Little , The Last Emperor, Planet of the Apes, Memoirs of a Geisha, Pearl Harbor dan 47 Ronin.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link