Cip Grafik Intel Xe3 Pada CPU Intel Core Ultra 7 366H Memperlihatkan Prestasi Grafik Yang Baik
Nazrin
Intel akan memperkenalkan siri cip pemprosesan Intel Core 300 untuk komputer riba mereka sewaktu acara CES 2026 yang akan berlangsung pada Januari 2026 ini. Pelbagai jenama pembuat komputer riba juga dijangka akan memperlihatkan penawaran komputer riba terbaru mereka di acara tersebut.
Baru-baru ini, sebuah komputer riba Dell Pro Precision 7 yang dikuasakan sebuah cip pemprosesan Intel Panther Lake, Intel Core Ultra 7 366H telah diuji, dan ia dilihat hadir dengan cip pemprosesan grafik Intel Xe3.
Skor penanda-aras GeekBench telah diperlihatkan, dengan skor grafik komputer riba ini tampil dengan angka 22813, yang merupakan prestasi yang dilihat lebih kurang sama seperti cip grafik AMD Radeon 840M dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050Ti.

Skor ini meletakkan cip Intel Xe3 pada taraf cip grafik NVIDIA GeForce GTX 1050Ti untuk komputer riba, tetapi masih tewas kepada penawaran cip grafik terbina paling berkuasa oleh AMD, iaitu AMD Radeon 860M.
Butiran cip Intel Xe3 ini juga belum diketahui secara sepenuhnya, tetapi untuk konfigurasi ini ia nampaknya hadir dengan empat teras fizikal. Untuk cip pemprosesan Intel Core Utra 7 366H pula, ia hadir dengan empat teras Performance, 8 teras Efficiency dan 4 teras Low Power Efficiency dan hadir dengan kelajuan asas 2.0GHz dan kelajuan maksima 4.8GHz.
Konfigurasi CPU ini memperlihatkan bahawa cip pemprosesan ini dijangka hadir untuk komputer riba penggunaan umum, dan kebarangkaliannya bukan untuk peranti kelas nipis dan ringan premium ataupun khusus untuk gaming.
Ia dijangka bahawa spesifikasi penuh CPU-CPU ini akan diketahui sewaktu acara pelancaran di CES 2026.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






