Malaysia Oversight

Tei dakwa beri lebih RM600,000 kepada setiausaha politik kanan PM

By MkiniBM in November 25, 2025 – Reading time 2 minute
Tei dakwa beri lebih RM600,000 kepada setiausaha politik kanan PM


Nota editor: Dalam hantaran di X pada pukul 5.20 petang, Shamsul Iskandar Md Akin mengumumkan peletakan jawatan sebagai setiausaha politik kanan PM, dan berkata dia difahamkan ada percubaan untuk menyerangnya dengan isu yang boleh merosakkan imej . Dia juga berkata akan mempertahankan dirinya.


EKSKLUSIF | Ahli perniagaan Albert Tei, yang menyerang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung pembatalan lesen penerokaan mineralnya, membongkar maklumat mengejutkan beberapa hari sebelum pilihan raya negeri.

Dia kini mengaitkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Ibrahim, Shamsul Iskandar Md Akin, dalam skandal perlombongan itu.

Tei mendakwa dia memberikan RM629,000 kepada Shamsul atas alasan diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.


Baca: Shamsul Iskandar letak jawatan setiausaha politik kanan PM


Malaysiakini sudah menghubungi Shamsul untuk mendapatkan ulasan.

Menurut Tei, dia telah menyusun dokumen setebal lebih 300 muka surat, termasuk tangkapan skrin perbualan WhatsApp dan resit, untuk menguatkan dakwaannya.

Antara lain, dia mendakwa membayar untuk pengubahsuaian, perkakas dan perabot untuk dua hartanah — satu di Bangsar, Kuala Lumpur dan kediaman pegawai di .

Senarai itu didakwa meliputi perabot kulit, meja makan, sistem hiburan rumah (home theatre), mesin basuh, pengering pakaian dan kerusi urut.

Tei juga memberikan gambar “sebelum dan selepas” pelbagai bilik di rumah didiaminya di , yang menunjukkan perabot, katil, lampu, dan langsir yang dinaik taraf.

0c0167b43629e539f5e361c6c22a4bb6
e1f05db8f8b1d43af7c6e737c2bd905d
7ef12fcb92242c75112c8200e0a0a33b

Dia seterusnya mendakwa berbelanja ribuan ringgit untuk cerut premium dan menjahit beberapa sut untuk pembantu politik it.

Dia malah mendedahkan salinan resit tukang jahit dan ukuran badan Shamsul.

Tei juga menunjukkan tangkapan skrin WhatsApp dari Disember 2023 , yan Shamsul didakwa meminta wang kepadanya semasa berada di luar negara.

Tei mendakwa dia juga mempunyai bukti wang tunai bertukar tangan: RM20,000 (8 Nov 2023 di Kota Kinabalu), RM100,000 di Kuala Lumpur (24 Nov 2023), RM100,000 di Bukit Puchong (15 Dis 2023), RM50,000 di Kuala Lumpur (22 Jan 2024), RM50,000 di Kuala Lumpur (26 April 2024), dan USD$6,000 di Kuala Lumpur (3 Okt 2024).

Dalam kenyataan, Tei mendakwa dia diperkenalkan dengan Shamsul oleh seorang wanita, yang didakwanya sebagai proksinya.

Pertemuan pertama mereka didakwa berlaku pada 8 Nov 2023, kira-kira jam 10 malam di kedai cerut Jesselton Cigaro di Kota Kinabalu.

Dia juga mendakwa memiliki bukti yang menguatkan dakwaan bahawa wanita yang disebutkan itu bertindak bagi pihak Shamsul.

e2adee8eba8918c1bd85aec045157a2e
c0282451e8efb5326ce2537dd0175a09

Sejak November lepas, Tei mendedahkan rentetan video, dokumen, dan tangkapan skrin WhatsApp yang mengaitkan lebih daripada sedozen ahli politik GRS dalam skandal itu, menuduh mereka menerima rasuah sebagai pertukaran untuk lesen penerokaan mineral.

Tei dan dua anggota Dewan Undangan Negeri kemudian didakwa di mahkamah.

Pengerusi GRS dan ketua menteri sementara Hajiji Noor menuduh Tei menjadi sebahagian daripada kartel yang bertujuan memonopoli perlombongan di negeri itu.

[Baca berita asal]

84a49cc1e1abdf1a7954dbc4c62e3fe2
42febd36f2ba5240d361c53f35d663b5
2ac62c66f1e69e6eeae9a284c32e3e11



Source link