Malaysia Oversight

Siri Poco F8 Bakal Dilancarkan Pada 26 November 2025

By Amanz in November 17, 2025 – Reading time 1 minute
Siri Poco F8 Bakal Dilancarkan Pada 26 November 2025


Siri Poco F8 Bakal Dilancarkan Pada 26 November 2025

November 17, 2025
Poco

Amy Maizuraa

Poco mengumumkan tarikh pelancaran telefon mercu terbaharunya iaitu siri Poco F8 yang dijadualkan berlangsung pada 26 November 2025 di Bali, Indonesia. Menariknya, acara tersebut bukan sahaja akan menjadi pelancaran rasmi untuk rantau Asia Tenggara malah turut berpotensi sebagai pelancaran bagi pasaran global.

Poco F8 Bali 009

Generasi baharu ini dikhabarkan terdiri daripada tiga model, iaitu Poco F8, Poco F8 Pro, dan Poco F8 Ultra. Walau bagaimanapun, model asas F8 dijangka tidak akan diperkenalkan pada acara tersebut. Sebaliknya, pelancaran kali ini akan memberi tumpuan kepada dua model utama iaitu F8 Pro dan F8 Ultra yang dijangka menjadi tarikan utama dalam siri ini.

Redmi K90 Pro Max Bose A

Menurut laporan, kedua-dua model ini merupakan versi yang dijanamakan semula daripada Redmi K90 dan Redmi K90 Pro Max yang baru sahaja dilancarkan di . Dari segi rekaan dan spesifikasi dalaman, Poco F8 Pro dan F8 Ultra dijangka mengekalkan ciri yang sama seperti model tersebut. Pun begitu, terdapat sedikit perbezaan pada sokongan bateri di mana kedua-duanya dikatakan menawarkan kapasiti yang lebih kecil berbanding K90 dan K90 Pro Max.

POCO

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link