Malaysia Oversight

DJI Neo 2 Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga Bermula Harga RM899

By Amanz in November 7, 2025 – Reading time 1 minute
DJI Neo 2 Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga Bermula Harga RM899


DJI telah melancarkan dron terbaharu mereka DJI Neo 2 di pasaran Malaysia sebagai kesinambungan kepada model Neo yang diperkenalkan tahun lalu.

Neo 2 MY 1 edited

Harga jualan bermula dari RM899 untuk unit asas manakala pakej lengkap ditawarkan pada RM1209 bagi DJI Neo 2 Fly More Combo (dron sahaja), RM1509 untuk DJI Neo 2 Fly More Combo yang merangkumi aksesori tambahan, dan RM2229 untuk DJI Neo 2 Motion Daily More Combo. Dron ini sudah boleh didapati melalui kedai rasmi DJI serta pengedar sah mereka di seluruh Malaysia.

DJI Neo 2 A

Dron ini seberat 151 gram dan direka untuk dilancarkan dari telapak tangan menjadikannya sesuai untuk rakaman swafoto dan penggunaan harian. Ia dilengkapi kipas tertutup dengan kekisi pelindung bagi mengelakkan kerosakan dan kecederaan. Sistem pengelakan pelanggaran pula menggunakan kamera infra merah serta teknologi LiDAR untuk penerbangan yang lebih selamat.

DJI Neo 2 C

Kamera DJI Neo 2 menggunakan sensor 1/2 inci beresolusi 12MP yang dipadankan dengan lensa ultra lebar 119.8°, serta mampu merakam video pada kadar 60 FPS. Dron ini boleh terbang sehingga 12 m/s (43 km/j), bertahan selama 19 minit, setinggi 2000 meter dan dikawal sejauh 7km.

Pengguna turut boleh mengawal dron initerus melalui telefon pintar tanpa memerlukan alat kawalan fizikal. Selain itu, ia menyokong mod perjalanan, terbang mengelilingi dan vlog. Apabila disambungkan dengan DJI , rakaman audio akan dimasukkan secara automatik ke dalam klip video.



Source link