Malaysia Oversight

Zahid enggan sah, nafi dakwaan dia beri restu Khairy kembali ke Umno

By MkiniBM in November 4, 2025 – Reading time 1 minute
Zahid enggan sah, nafi dakwaan dia beri restu Khairy kembali ke Umno


belum membincangkan hasrat Khairy Jamaluddin untuk menyertai semula parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Setakat ini belum lagi,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai hasrat bekas Ketua Pemuda itu menyertai semula parti seperti dilaporkan media, selepas menyampaikan ucaptama pada Festival Idea 2025 di hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau sempat bertemu Khairy pada majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan Perlis Datuk Rozabil Abdul Rahman, Ahad lalu, namun enggan mengesahkan mahupun menafikan dakwaan beliau memberi restu untuk Khairy kembali ke Umno.

“Saya cuma bertemu beliau di majlis perkahwinan dan tiada sebarang perbincangan dibuat. Apa yang terpapar dalam media adalah berita yang ditulis oleh wartawan dan saya amat menghormatinya.

“Saya tidak mahu menyanggah mana-mana wartawan yang melaporkan perkara itu, seperti mana yang pernah dilakukan oleh seseorang sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Khairy, lebih dikenali sebagai KJ, akan menyertai semula Umno sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Laporan berkenaan menyebut bekas Menteri Kesihatan itu didakwa sudah mendapat ‘restu’ kepimpinan tertinggi Umno, khususnya Ahmad Zahid, ketika menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis itu, Ahad lepas.

Pada Januari 2023, Khairy dipecat daripada Umno susulan kritikan beliau terhadap kepimpinan tertinggi parti sepanjang kempen PRU ke-15. Bagaimanapun, sejak itu beliau berulang kali menegaskan pendirian untuk tidak menyertai mana-mana parti lain kerana kesetiaannya kepada Umno.

– Bernama



Source link