Malaysia Oversight

‘Pagoh rampas kuasa, tipu masyarat India’

By MkiniBM in November 4, 2025 – Reading time 2 minute
‘Pagoh rampas kuasa, tipu masyarat India’


PARLIMEN l Dewan Rakyat hari ini kecoh susulan kenyataan RSN Rayer (PH- Jelutong) yang mendakwa bekas perdana menteri, Yassin telah membentuk PN melalui “rampasan kuasa” dan mengkhianti kaum India.

Rayer membangkitkan dakwaaan itu ketika mencelah pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar bagi Kementerian Digital yang dibahaskan menterinya Gobind Singh Deo.

bce8ff59eba867669da302b02bb5d86f

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan dengan lantang bahawa kelmarin kita lihat (ahli Parlimen) Pagoh berkata (di bawah PN) sudah bersedia ke .

“Tetapi semasa Pagoh mentadbir sebelum ini, beliau tidak pernah berbincang pun mengenai SJKT Ladang Jeram. Dia hanya ‘merampas kuasa’ (dan) melarang kita untuk mengadakan sidang media di Parlimen mengenai isu sekolah Tamil.

“Tolonglah Pagoh, jangan tipu kaum India lagi… sudah cukup,” kata Rayer.

Kenyataan Rayer menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang sehingga membawa kepada pertikmam lidah dan mengakibatkan dewan kecoh untuk beberapa ketika.

Tidak berpuas hati dengan tuduhan dilemparkan ahli Parlimen DAP itu, Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) membangkitkan peraturan mesyuarat 36 (6) dengan mendakwa Rayer membuat sangkaan jahat dan mengelirukan Dewan Rakyat.

3b6ecd4dfbeef894b6b2b3dc2bc5811c
Ahmad Marzuk Shaary

Jelasnya, yang dibentuk oleh ahli Parlimen Pagoh yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendapat restu Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

Ia jelas bercanggah dengan tuduhan yang dilemparkan Rayer, dakwa Marzuk.

“Ada dua perkataan yang dikeluarkan oleh Jelutong tadi. Pertamanya, merampas kerajaan. Kerajaan yang ditubuhkan oleh PN direstui oleh Yang di-Pertuan Agong (ketika itu).

“Apakah kita nak mengatakan bahawa itu sebuah rampasan? Kita bukan pakai ketenteraan. Ini tidak betul, sangkaan jahat dan mengelirukan.

“Yang kedua tadi dia sebut bahawa Pagoh khianat kepada masyarakat India. Ini pun tidak boleh disebut begitu. Tuan Yang Dipertua, tak boleh biarkan dia terus bercakap membawa retorik seperti itu kerana ini jelas bercanggah dengan peraturan mesyuarat,” kata Marzuk.

Mendengar hujah Marzuk, Rayer kemudiannya bangkit semula dan menarik balik kenyataan berhubung ‘merampas kerajaan’.

Bagaimanapun Rayer enggan menarik balik kenyataannya bahawa tidak membela masyarakat India ketika menjadi perdana menteri.

“Saya boleh tarik balik kenyataan merampas kerajaan, saya guna istilah pintu belakang atau tebuk atap, tak salah.

“Kedua, saya berpendirian YB Pagoh tidak membela kaum India dan saya tidak akan tarik balik kenyataan itu,” tegasnya.

ab544cdb8f52d03298af7fb1c696153c
Che Mohamad Zuklifly Jusoh

Tidak terhenti di situ, pendirian Rayer menimbulkan rasa kurang senang Che Mohamad Zuklifly Jusoh (PN-Besut) yang kemudiannya bangkit dan mendakwa Rayer ada menyebut perkataan ‘Pagoh menipu orang India’.

Keadaan semakin kecoh apabila dua ahli parlimen blok kerajaan, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) dan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) bangun membantah kenyataan ahli Parlimen PN.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yeng yang mengendali persidangan kemudiannya meminta ahli Parlimen kedua-dua belah pihak supaya berhenti daripada terus bertelagah.

Dia meminta Che Mohamad Zuklifly duduk dan menyemak hansard jika tidak berpuas hati dengan kata-kata oleh Rayer.



Source link