Malaysia Oversight

Malaysia negara hebat, sangat bertenaga

By MkiniBM in October 27, 2025 – Reading time 2 minute
Malaysia negara hebat, sangat bertenaga


Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald menyifatkan Malaysia sebagai “negara yang hebat, sangat bertenaga” selepas menamatkan lawatan dua hari di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak Asean ke-47.

Dalam catatan Truth Social beliau pada Isnin, semasa berlepas ke Jepun, berkata AS telah menandatangani perjanjian perdagangan dan nadir bumi penting dengan Malaysia, penganjur persidangan berkenaan.

Selain itu, katanya yang paling penting adalah beliau turut menyaksikan pemeteraian perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja pada Ahad.

“TIADA PERANG! Berjuta-juta nyawa diselamatkan.

“Suatu penghormatan untuk saya melakukan ini. Sekarang, ke Jepun!!!,” tulis presiden ekonomi terbesar dunia itu.

b5e4613477b14e208cf8a16cf2d7a06f

tiba di Malaysia sekitar 10 pagi semalam untuk menghadiri sidang kemuncak berkenaan dan berlepas pada 10.06 pagi hari ini, sekali gus menamatkan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia dan penyertaan pertamanya dalam sidang kemuncak pemimpin Asean sejak menaiki jawatan presiden buat kali kedua pada Januari lepas.

Pada Ahad, Trump bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim, menyaksikan pemeteraian perjanjian damai bersejarah digelar Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL) antara Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet.

Beliau turut menandatangani perjanjian perdagangan dengan Thailand dan Kemboja semalam.

969eded52aa0fb6431210d99505f97b5

Dalam jadual padatnya semalam, Trump juga mengadakan pertemuan dua hala dengan , menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Mineral Penting antara Malaysia dan AS.

Pemimpin AS itu juga menghadiri Sidang Kemuncak Asean-AS ke-13 semalam.

Trump merupakan presiden Amerika ketiga melawat Malaysia, selepas Lyndon B Johnson pada 1966 dan Barack Obama pada 2014 dan 2015.

– Bernama



Source link