OpenAI Ambil-Alih Pembangun Sky – Perisian Antaramuka AI Pada Mac, Dalam Memudahkan Melakukan Tugasan
Aman
OpenAI hari ini menambah satu lagi portfolio dibawah mereka, iaitu Software Applications Incorporated. Syarikat berkenaan merupakan pembangun disebalik aplikasi dinamakan Sky yang masih belum dilancarkan buat masa ini.

Sky dibangunkan untuk macOS, membolehkan pengguna menyerunya pada bila-bila masa, dan menggunakannya dalam melakukan sejumlah semakan dan tugasan bersama-sama pelbagai perisian lain pada komputer macOS. OpenAI mengatakan dengan pengambil-alihan ini, mereka akan membawa integrasi Sky yang menyeluruh serta kelebihan produk Sky terus ke dalam ChatGPT.
Semua pasukan pembangun juga turut akan menyertai OpenAI. Untuk makluman, ChatGPT sedia ditawarkan bersama melalui macOS, dan sekiranya penawaran seperti Sky turut hadir bersama, ia mungkin memudahkan pengguna macOS dalam melakukan sejumlah tugasan dengan pantas dan efisien. Namun, ia tidak diketahui lagi sama ada penawaran ini akan dibenarkan oleh Apple atau tidak, memandangkan Apple sendiri mengalami pelbagai kelewatan dalam pembangunan Siri generasi baharu mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






