Powerbeats Fit Dilancarkan Dengan ANC dan Cangkuk Telinga Baharu – Harga RM849
Effi Saharudin
Powerbeats Fit dilancarkan semalam dengan ia membawakan perubahan besar pada rekaan dimana cangkuk besar yang diletakkan di belakang telinga digantikan dengan “sayap” kecil. Dengan rekaan baharu ini saiz putik audio Powerbeats Fit kini lebih kecil tetapi masih boleh dipasang dengan kemas di dalam telinga ketika bersenam.

Setiap putik audio mempunyai sokongan audio spatial, ANC, mod tembus, EQ adaptif dan pengesanan apabila ditanggalkan daripada telinga. Ia turut melepasi piawaian kalis peluh IPX4 dengan terdapat butang kawalan pada bahagian tubuh.

Ia beroperasi sehingga 7 jam dengan sekali caj dan sehingga 30 jam dengan bantuan pod simpanan. Kerana putik audio kini lebih kecil, pod simpanan ini juga 17% lebih kecil berbanding Powerbeats versi terdahulu. Tambatan mudah disokong pada ekosistem Apple dan juga Android.
Powerbeats Fit dijual pada harga RM849 sebuah dalam warna Jet Black, Gravel Grey, Pink dan Spark Orange. Tiga pasang tip silikon diberikan dengan setiap pembelian tetapi kabel pengecasan USB-C tidak diberikan sama seperti AirPods Pro baharu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






