Malaysia Oversight

Zohran Mamdani dipilih sebagai Datuk Bandar Muslim pertama New York City

By MkiniBM in November 5, 2025 – Reading time 2 minute
Zohran Mamdani dipilih sebagai Datuk Bandar Muslim pertama New York City


Calon Demokrat Zohran Mamdani dipilih sebagai Datuk Bandar New York City pada Selasa, menjadikannya orang dan Asia Selatan pertama memegang jawatan itu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik laporan Associated Press.

Mamdani, 34, menewaskan calon bebas dan bekas gabenor New York Andrew Cuomo serta calon Republikan Curtis Sliwa dalam kemenangan bersejarah bagi sayap progresif Parti Demokrat.

Cuomo mengucapkan tahniah kepada Mamdani atas kemenangannya, dengan berkata pada majlis malam pilihan raya bahawa “malam ini adalah milik mereka dan apabila mereka mula beralih kepada , kita semua akan membantu sedaya mungkin.”

“Kita akan bersatu untuk New York City, kerana kita mencintai New York City dan dari lubuk hati saya, saya mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang daripada anda,” katanya kepada penyokong.

Mamdani dijangka menyampaikan ucapan di Brooklyn lewat malam Selasa.

Mamdani, sosialis demokrat berprinsip teguh berkempen berasaskan isu kemampuan hidup dan perkhidmatan sosial, dengan janji melaksanakan perkhidmatan bas percuma, penjagaan kanak-kanak sejagat, kedai runcit kendalian bandar, rumah dengan sewaan stabil serta rancangan menaikkan gaji minimum kepada US$30 sejam menjelang 2030 berbanding kadar semasa US$16.50 sejam.

Beliau berkata semua inisiatif itu akan dibiayai melalui kenaikan kadar cukai korporat kepada 11.5 peratus sama seperti di negeri jiran, New Jersey serta cukai pendapatan 2 peratus terhadap individu berpendapatan lebih US$1 juta setahun.

Mamdani turut berikrar akan mengarahkan Jabatan Polis New York (NYPD) untuk menahan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sekiranya Netanyahu menjejakkan kaki ke bandar itu, dengan merujuk kepada waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Netanyahu berhubung jenayah perang di Gaza.

Majlis Hubungan Amerika- (CAIR) menyifatkan kemenangan Mamdani sebagai “titik perubahan bersejarah” bagi masyarakat di Amerika Syarikat.

“Keupayaan Datuk Bandar terpilih Mamdani untuk menang sambil secara terbuka mempertahan hak asasi rakyat Palestin dan menghadapi serangan kebencian anti-Islam menandakan penolakan bersejarah terhadap Islamofobia dan rasisme anti-Palestin dalam politik,” menurut CAIR dalam satu kenyataan.

“Kami memuji pelajar kolej dan golongan muda di New York City yang hanya setahun selepas difitnah dan dianiaya kerana memprotes genosid di Gaza, membantu memilih seorang datuk bandar yang lantang menentang pembunuhan itu dan menyokong hak untuk membantah secara aman,” menurut kenyataan itu lagi.

– Bernama-Anadolu



Source link