Malaysia Oversight

Zelenskyy umum pertemuan dengan Trump hujung Januari

By MkiniBM in January 4, 2026 – Reading time 1 minute
Zelenskyy umum pertemuan dengan Trump hujung Januari


Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Sabtu mengumumkan rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald pada hujung Januari bagi membincangkan pelan damai, sekali gus menandakan langkah penting dalam usaha diplomatik berterusan untuk menamatkan perang, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Selepas itu, akan diadakan pertemuan peringkat pemimpin, dokumen keselamatan akan dimuktamadkan. Para pemimpin akan membincangkan pelbagai isu, namun tumpuan utama adalah kepada jaminan keselamatan dan pemulihan,” kata Zelenskyy dalam satu taklimat susulan pertemuan dengan penasihat keselamatan negara-negara rakan kongsi.

Beliau berkata wakil daripada pelbagai kakitangan am dan sektor ketenteraan dijadual berlepas ke Eropah pada awal minggu depan bagi mengadakan pertemuan dengan pasukan di Paris, yang dijangka berlangsung selama satu atau dua hari.

“Kami akan lihat bagaimana perkembangannya. Selepas itu, saya fikir kami akan membuat persiapan untuk satu pertemuan di Amerika Syarikat pada peringkat pemimpin dalam skop yang lebih luas. Kami berharap semua ini dapat dilaksanakan dalam bulan Januari, sebelum hujung Januari,” tambahnya.

Pengumuman itu dibuat susulan pertemuan antara kedua-dua pemimpin pada 28 Dis di Florida, di mana menyatakan terdapat kemajuan mengenai isu berkaitan wilayah Donbas di timur Ukraine serta mengumumkan penubuhan satu kumpulan kerja khas bagi mencari penyelesaian secara aman yang melibatkan pegawai kanan AS dan pihak Rusia.

– Bernama – Anadolu



Source link