Malaysia Oversight

Zambry tatap memo sekilas, ketepi aduan

By MkiniBM in September 15, 2025 – Reading time 2 minute
Zambry tatap memo sekilas, ketepi aduan


Seorang aktivis Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendakwa Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir, mengetepikan kebimbangan pelajar semasa pertemuan dengan mereka.

Timbalan Presiden Suara Mahasiswa UMS, Qistina Qaisara Syahril Akmar (gambar bawah) turut mendakwa Zambry memberi jawapan bercanggah dengan maklumat yang sebelum ini disampaikan oleh naib canselor universiti.

“Sebelum pulang, saya menyerahkan memorandum mahasiswa UMS. Beliau hanya menatap sekilas dan menjawab bahawa NC kata isu air selesai, sementara KPT pula tiada kuasa potong yuran.

“Sedangkan NC sendiri pernah menyatakan kuasa itu di tangan KPT.

6a86871959f9cf974c1efb045ce7b82d

“Percanggahan ini membuat mahasiswa semakin keliru, dan terasa suara kami sekadar dipandang ringan.,” katanya pada kenyataan hari ini.

Malaysiakini sudah menghubungi Zambry untuk mendapatkan maklum balasnya.

Naib Canselor UMS, Kasim Mansur, sebelum ini berkata universiti itu mula berdepan masalah kekurangan air sejak 2020 susulan pembangunan pesat di kawasan berhampiran.

Pada 5 Jun lalu, ketika pertemuan dengan Kasim, sekumpulan aktivis pelajar sekali lagi menggesa pentadbiran memfailkan saman RM100 juta terhadap Jabatan Air negeri.

Pada 3 Jun, Ketua Pemuda Warisan, Terence Au menyoal kenapa Sabah didakwa memperkecil krisis air kritikal di UMS meskipun terdapat bukti kukuh.

Soalnya lagi, mengapa usaha universiti untuk menangani masalah itu sejak 2023 diabaikan atau didakwa diketepikan oleh Jabatan Air negeri.

E-mel rasmi tidak berjawab

Mengulas lanjut, Qistina berkata dia telah menggunakan saluran rasmi untuk menyuarakan aduan pelajar.

“Pada bulan Jun yang lalu, saya telah menghantar emel rasmi kepada Menteri Pendidikan Tinggi, lengkap dengan data serta memorandum tuntutan pengurangan yuran yang telah dicop Naib Canselor.

“Namun, sehingga ke hari pertemuan itu, emel saya tidak pernah dibalas,” dakwanya.

Selain itu, Qistina mendakwa dia ditegur dalam mesyuarat kerana dianggap “tidak beradab” ketika cuba membangkitkan isu pelajar.

Katanya lagi, dia telah datang dari Sabah ke Kuala Lumpur untuk bertemu Zambry namun kesal kerana pertemuan itu berakhir mengecewakan.

“Hadirin terpaksa menunggu hampir satu jam kerana Dayo Zambry lewat hadir.

“Lebih malang lagi, hadirin juga terpaksa mendengar beliau bermonolog tanpa isi, sedangkan dalam tentatif jelas tertera adanya sesi dialog terbuka bersama menteri.

“Kami mahasiswa sudah pun mengatur nombor giliran untuk membentangkan usul dan solusi, tetapi masa pertemuan habis dengan beliau bercakap, tanpa mendengar suara kami,” katanya.

[Baca berita asal]



Source link