Malaysia Oversight

‘Zaman sekarang makan kawan lagi sedap dari makan kenduri’

By MkiniBM in January 28, 2026 – Reading time 2 minute
'Zaman sekarang makan kawan lagi sedap dari makan kenduri'


Masih ada yang belum selesai dalam isu kepemimpinan gabungan parti pembangkang ketika mesyuarat yang diusahakan pihak kini tinggal cita-cita yang tidak kesampaian.

Beberapa jam selepas Presiden Bersatu, Yassin, mendakwa PN bersetuju memansuhkan jawatan pengerusi mereka, Ketua Pemuda Pusat memuat naik hantaran yang jelas menyindir situasi semasa dihadapi mereka.

Menggunakan analogi pasukan bola sepak, Afnan Hamimi Taib Azamudden memberi gambaran yang mereka tidak berpuas hati dengan perkembangan isu yang cuba dirungkai sejak akhir-akhir ini

Dia yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata jurulatih pasukan terbabit memanggil satu perjumpaan bagi membincangkan peletakan jawatan seorang penjaga gol dan mencari pengganti bagi posisi tersebut.

Namun, katanya, bekas penjaga gol itu tiba-tiba meminta agar tiang gol dimansuhkan.

“Kata dia, tak perlu ada gol. Maka tak perlu ada keeper (penjaga gol). Tak perlu bincang.

“Kalau macam tu, lebih baik turap saja padang bola tu dengan simen. Pasang bumbung. Buat dewan kenduri. Tak perlu ada padang,” katanya dalam hantaran di media sosial.

mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN pada hujung tahun lalu ekoran insiden bertukarnya Menteri Besar Perlis, daripada , Mohd Shukri Ramli, kepada pengerusi Bersatu negeri itu, Abu Bakar Hamzah.

Belum ada mesyuarat diadakan

Ia merupakan jawatan menteri besar pertama disandang Bersatu di sebalik empat negeri yang ditadbir oleh parti terbabit bersama PAS. Tiga negeri lain ialah Kedah, dan Terengganu.

Ketika krisis di Perlis memuncak, Afnan Hamimi adalah antara pemimpin kanan PAS yang lantang menunjukkan rasa marah terhadap apa yang berlaku. Malah dia menggunakan perkataan “berambus” terhadap pihak yang dianggap bertanggungjawab menyebabkan jatuhnya Mohd Shukri.

PAS pula mengaitkan kejadian tersebut dengan perbuatan khianat serta memberhentikan keanggotaan tiga mereka yang menjadi sebahagian daripada lapan wakil rakyat menyatakan hilang keyakinan kepada Mohd Shukri selaku menteri besar.

6b5864641ea99f46f7923d04b3d3215c

Menerusi surat yang ditulisnya memberitahu peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa pada 1 Jan lalu. Namun perlembagaan parti tersebut menyatakan ia mesti disahkan oleh Majlis Tertinggi PN.

Turut melepaskan jawatan bersama Muhyiddin ialah Setiausaha Agung PN, Azmin Ali.

Presiden PAS sudah mengeluarkan surat meminta agar PN mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin selain melantik pemimpin baru. Namun selepas lebih dua minggu berlalu mesyuarat tersebut belum berlangsung.

Hari ini media melaporkan Muhyiddin sebagai berkata, Bersatu serta PAS bersetuju untuk memansuhkan jawatan Pengerusi PN sebagai sebahagian daripada rancangan mereka menstruktur semula gabungan terbabit.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mendakwa, penstrukturan itu meletakkan Bersatu menerajui Majlis Presiden PN, manakala PAS akan mengetuai jawatankuasa eksekutif.

Dakwaan itu kemudian dinafikan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menzahirkan rasa tidak puas hatinya, Afnan Hamimi mengakhiri hantarannya dengan menulis: “Zaman sekarang makan kawan lagi sedap daripada makan kenduri.”



Source link