Malaysia Oversight

Zaman orang lebih percaya pada pendusta dah tiba

By MkiniBM in November 8, 2025 – Reading time 2 minute
Zaman orang lebih percaya pada pendusta dah tiba


KONVENSYEN AMANAH | Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini menegaskan betapa zaman pendusta lebih dipercayai oleh masyarakat dan orang yang berkata benar dianggap berdusta sudah tiba.

Menurutnya, peringatan oleh Nabi Muhammad SAW mengenai zaman itu bukan lagi zaman akan datang sebaliknya zaman ini.

“Nabi pernah mengingatkan – akan muncul zaman yang pendusta dipercayai, dan orang benar didustakan. Zaman itu bukan akan datang, zaman itu sudah tiba, pada zaman ini.

“Zaman sekarang, semua orang boleh menulis, tapi tak semua yang menulis itu tahu apa yang ditulisnya. Fitnah di media sosial telah menyusahkan ramai orang.

“Isu-isu seperti kes Zara Qairina (Mahathir) menunjukkan betapa rendahnya moral apabila manusia lebih cepat menghukum daripada memahami,” katanya.

d454aa5be9fe093564293682ac39ec5b

Dia yang juga menteri pertanian dan keterjaminan makanan berkata demikian ketika menyampaikan pidato presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2025 di Shah Alam, hari ini.

Mengulas topik cabaran pembinaan tamadun, Mohamad berkata, sesebuah negara boleh saja membina bangunan-bangunan tinggi namun negara juga boleh runtuh jika akhlak umatnya tidak kukuh.

“Tamadun bermula dari pembinaan akhlak, ilmu dan adab. Pendidikan perlu kembali membentuk manusia, bukan hanya mencari sijil.

“Guru mesti dihormati, anak mesti diasuh dengan nilai, bukan hanya diajar untuk lulus peperiksaan,” katanya.

Ahli Parlimen Kota Raja itu menambah, masalah sosial seperti isu buli, zina dan dadah bukan sekadar melibatkan persoalan moral sebaliknya menunjukkan bahawa sesuatu bangsa itu sedang ‘sakit.’

Untuk menanganinya, kata Mohamad, ia tidak boleh sekadar dengan hukuman semata-mata.

“Kita mesti rawat dengan nilai dan kasih sayang, bukan dengan cercaan dan hukuman.

“Sebab itu Amanah sokong tindakan tegas dan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) membendung fitnah di media sosial.

“Kebebasan mesti datang bersama tanggungjawab,” katanya yang popular disapa sebagai Mat Sabu.



Source link