Malaysia Oversight

Zaliha sahkan undian semula di tiga cabang

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 1 minute
Zaliha sahkan undian semula di tiga cabang


Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) mengesahkan undian semula akan diadakan untuk tiga cabang – iaitu Selayang, Jempol dan Silam – sebelum Kongres Nasional bulan depan.

Pengarah JPP Dr Zaliha Musa berkata undian semula hanya akan melibatkan “keputusan kecil” beberapa cabang.

“Nanti saya akan keluarkan notis. Notis dalaman kepada cabang-cabang itu,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri Wilayah Persekutuan di , hari ini.

Pemilihan peringkat cabang yang baru sahaja selesai melibatkan pemilihan pemimpin utama cabang serta kepimpinan sayap Angkatan Muda dan Wanita peringkat cabang bagi penggal 2025-2028.

[Berita lanjut menyusul]



Source link