Malaysia Oversight

Zahid terlalu terdesak mahu MIC buat keputusan

By MkiniBM in December 16, 2025 – Reading time 2 minute
Zahid terlalu terdesak mahu MIC buat keputusan


Presiden , SA Vigneswaran hari ini membalas kenyataan Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkan supaya tidak menyesal meninggalkan Barisan Nasional ().

Bercakap kepada Malaysiakini, bekas speaker Dewan Negara itu berkata bukan yang terdesak membuat keputusan, sebaliknya Zahid kelihatan terlalu ghairah mahu MIC segera menentukan hala tuju.

“Walaupun MIC telah mempunyai ketetapan melalui keputusan AGM yang kini berada di peringkat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

“Biar kami ambil keputusan sendiri. Kenapa Zahid begitu terdesak? Apa pun kami ambil maklum amaran Zahid. MIC tidak perlu ditekan untuk membuat keputusan dalam suasana politik yang belum stabil.

“Apa pun, MIC akan membuat keputusan dalam masa terdekat dan memaklum pucuk pimpinan melalui surat dalam masa terdekat,” katanya.

Dia mengulas ucapan Zahid yang juga Presiden yang berkata bahawa parti yang meninggalkan BN akan menyesal dengan keputusan mereka, kerana politik bersifat dinamik dan landskap sentiasa berubah.

Zahid turut menyindir MIC yang didakwa membuat keputusan “kejap masuk, kejap keluar”, sambil menyatakan wujud permohonan untuk kembali ke PN, tanpa memperincikan pihak yang dimaksudkan.

Sementara itu, Vigneswaran turut mencadangkan agar BN mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi sekiranya benar-benar mahu membawa masuk parti-parti mesra BN dalam gabungan itu.

“MIC tidak mempunyai sebarang bantahan sekiranya BN mahu membuka pintu kepada parti-parti lain.

“Malah, MIC sendiri bersedia menyokong kemasukan pelbagai parti kecil berasaskan kaum dan komuniti.

“Walaupun, kami tidak terdesak, kami lihat ada pihak tergesa-gesa membuat keputusan,” katanya.

Antara parti yang dilihat mesra BN adalah IPF, Kimma, Makkal Sakthi, Parti Punjabi Malaysia, PCM, MAP, Ikatan dan MIUP.

MIC kini sedang menilai kemungkinan untuk keluar daripada BN, ekoran rasa tidak puas hati terhadap kedudukan politik mereka, khususnya selepas di bawah pimpinan Zahid menjalin kerjasama dengan PH.

Selain MIC, MCA juga bimbang isu pembahagian kerusi pilihan raya, yang mereka anggap lebih memihak kepada parti-parti penyandang.

Di bawah formula pembahagian kerusi BN–PH, MCA dan MIC dijangka hanya akan menerima jumlah kerusi yang kecil untuk ditandingi pada PRU akan datang.



Source link