Malaysia Oversight

Zahid dakwa ada pihak risik UMNO bentuk kerajaan

By Utusan in January 16, 2026 – Reading time 1 minute
Zahid dakwa ada pihak risik UMNO bentuk kerajaan


KUALA LUMPUR: Presiden , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat pihak tertentu yang cuba menawarkan untuk membentuk baharu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kekal setia bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Perpaduan bagi mentadbir negara.

Malah katanya, UMNO akan terus bersama sedia ada selagi asas kenegaraan dihormati dan tiada sebarang pengkhianatan berlaku.

“Memang ada tawaran terhidang, ada yang merisik, ada yang datang cuba meminang. Namun sehingga hari ini, UMNO tetap melaksanakan amanah negara dan menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Selagi asas negara dihormati, tiada yang dimungkiri, keikhlasan tidak dikhianati, UMNO akan memainkan peranan dengan penuh tanggungjawab.

“Sekalipun ribut datang melanda, pokok mungkin condong ditiup angin, tetapi akarnya tetap mencengkam bumi. Jika ada bisikan iblis yang cuba memperlekehkan kesetiaan ini, jika kesabaran dianggap kelemahan dan cemuhan dihambur kepada UMNO, tindakan itu ibarat menyimbah api yang sedang marak,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden UMNO Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini, hari ini.-UTUSAN





Source link